Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Majalah 3 Harimau Malaya::
Monday, 5 December 2011 | 17:18 | 0 comments

.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..bola sepak.., ..sukan sea.., ..video..

::Sebutir emas RM72,000::
Wednesday, 23 November 2011 | 09:57 | 0 comments
2011/11/23
KETIKA atlit negara yang memenangi pingat emas bakal menerima RM10,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), tetapi nilai emas dimenangi atlit tuan rumah Indonesia tampak lebih tinggi.

Difahamkan, sebutir emas dimenangi atlit negara Merah Putih itu bernilai 200 juta rupiah (RM72,000) dan ganjaran tinggi itu antara usaha mereka menyuntik semangat atlit bagi memburu kejuaraan keseluruhan selepas kali terakhir memenanginya 14 tahun lalu.
Ini bermakna tuan rumah itu perlu mengeluarkan peruntukan sebanyak RM13.1 juta untuk memberi insentif kepada atlit berdasarkan 182 emas dikutip mereka.
Namun, atlit negara patut bersyukur kerana insentif RM10,000 yang bakal diterima itu adalah nilai baru selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu ganjaran RM5,000 diberi sebelum ini dikaji semula.

Jadi, berdasarkan skim baru ditetapkan April tahun lalu, atlit negara yang memenangi emas Sukan SEA akan menerima RM10,000 dan tambahan RM1,000 bagi rekod baru.

Bagi pasukan yang diwakili kurang lima atlit akan menerima RM10,000 bagi emas pertama dan selain daripada itu akan menerima habuan RM2,000.

Labels: ..artikel.., ..gambar.., ..sukan sea..

.:Malaysia Pertahan Emas Sukan Sea 2011:.
Tuesday, 22 November 2011 | 07:03 | 0 comments
KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas. 

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

Skuad bola sepak gah memenangi 'ibu segala pingat', malam tadi apabila kesebelasan Harimau Muda tampil garang mempertahankan mahkota kejuaraan buat kali kedua berturut-turut menewaskan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga masa tambahan.
Sorakan dan ejekan lebih 100,000 penyokong Garuda Muda jelas gagal menyekat impian besar Ong Kim Swee dan anak didiknya yang hadir berbekal mental kuat mengatasi sorak gempita di Stadium Gelora Bung Karno untuk memaksa lawan menggigit jari terlepas pingat emas paling bernilai di Sukan SEA di laman sendiri.  Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Kemenangan itu membantu kontinjen negara mengutip keseluruhan 59 emas malam tadi selepas skuad berbasikal trek menyumbang empat dan satu daripada renang berirama.

Keletihan kami sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium temu Indonesia peringkat kumpulan dan final... keletihan ini berbaloi. - Ong Kim Swee,Ketua Jurulatih Harimau Muda

Labels: ..artikel.., ..bola sepak.., ..sukan sea.., ..video..

.:Atlet termuda Menang Emas Sukan Sea:.
Friday, 18 November 2011 | 06:49 | 0 comments

PALEMBANG - Pada usia 8 tahun, Aaliyah Yoong Hanifah muncul atlet paling muda negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Ke-26 kali ini selepas menjuarai acara tricks wanita dalam sukan ski air di Palembang semalam.

Apa yang paling membanggakan, murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putera, Bangi, Selangor itu menewaskan peluncur yang lebih berusia daripadanya sekali gus menjadi tumpuan bukan sahaja media Malaysia tetapi juga dari negara tuan rumah.

"Ini kali pertama saya menyertai Sukan SEA dan apabila menang emas memang rasa seronok sangat. Saya gembira dan merasa amat teruja dengan kejayaan ini," katanya yang masih kekok ketika bercakap kepada media.

Anak daripada isteri kedua Hanifah Yoong ini menewaskan peluncur dari Thailand di tempat kedua dan Indonesia (ketiga).

Terdahulu, Aaliyah sudah menunjukkan tanda awal dia mampu memenangi emas apabila mengungguli pusingan pertama dengan mengumpul jumlah mata tertinggi.

Ini sekali gus memberi kelebihan kepadanya untuk beraksi dengan lebih baik pada final ketika dia turun sebagai peluncur paling akhir untuk membuat persembahan.

Sementara itu kakak tiri Aaliyah, Philippa Yoong turut menyumbang emas buat kontinjen negara semalam apabila menjuarai acara slalom wanita sukan ski air.

Phillipa, 33, anak daripada isteri pertama Hanifah dan adik kepada Alex Yoong menewaskan peluncur Singapura, Sasha Christian di tempat kedua dan Thoyibhatus Ummu Sholika dari Indonesia, ketiga.

Ibu kepada tiga anak itu turut mencatat rekod baharu Sukan SEA bagi acara tersebut iaitu 1bouy @55kph 13m line. Kali terakhir acara ski air dipertandingkan ialah pada 1997 di Jakarta.

"Saya agak tertekan ketika beraksi kerana diletakkan harapan untuk menang emas di sini. Syukur saya akhirnya berjaya juga," katanya.

Ski air juga menyumbang pingat perak semalam menerusi Alex dalam acara slalom lelaki.

Labels: ..artikel.., ..sukan air.., ..sukan sea..

::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::

::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::

Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas

Perihal pengutip artikel ;]

Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet

Older Post

Oxygen Chrome - Working