::Safi AbdelFatah::
Tuesday, 27 March 2012 | 13:01 | 0 comments
BIODATA
NAMA:SAFI ABDELFATAH
UMUR:30 TAHUN
TEMPAT LAHIR: MAGHRIBI
WARGANEGARA:PERANCIS DAN MAGHRIBI
TEMPAT TINGGAL TETAP:PARIS,PERANCIS
KARIER: BERMULA DI PERANCIS
STATUS:BUJANG
PEMAIN IDOALA: TIDAK KERANA MEMUJA PEMAIN-PEMAIN ADALAH HARAM,TAPI MESSI MARADONA ADALAH ANTARA PEMAIN YANG TERBAIK
Beliau mula bermain di Perancis, kemudian 2008 beliau mula bermain di negara timur tengah iaitu Arab Saudi,Kuwait, UAE, Bahrain. dan sekarang 2012 di Kedah. Pertama kali bermain di rantau ASEAN
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..bola sepak.., ..gambar.., ..video..
.:Contest Blog Paling Kemas:.
Wednesday, 14 March 2012 | 15:10 | 0 comments
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..gambar..
.:Hasrat Chong Wei Tidak Kesampaian:.
Monday, 12 March 2012 | 02:11 | 0 comments
Impian Datuk Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia yang ingin melihat Lee Chong Wei memenangi All England bagi edisi 102 pada tahun 2012 ini tidak kesampaian kerana Lee Chong Wei terpaksa menarik diri akibat kecederaan di bahi kanan beliau.Beliau terpaksa menarik diri setelah 2 kali menerima rawatan dari doktor yang bertugas ketika perlawanan berlangsung.Pada set pertama Chong Wei dilihat agak perlahan rentak perlawanannya, seringkali dilihat Chong Wei tidak melakukan smash ke atas Lin Dan walaupun banyak peluang yang terhidang. Banyak pukulan-pukulan yang di hantar kebelakang gelanggang hanya sekali dua sahaja Chong Wei dilihat melakukan smash kencang ke atas Lin Dan. Pada set pertama Chong Wei berjaya mengejar Lin Dan dan mengikat kedudukan untuk
18-18 dan kemudian 19-19 dan akhirnya Chong Wei terpaksa akur kepada Lin Dan 21-19.
Pada Set kedua Lee Chong Wei ketinggalan 1-5 kemudiannya sehingga kedudukan 6-2 Chong Wei sekali lagi menerima rawatan di luar gelanggang seterusnya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan.
Sejak mula lagi ketika Lee Chong Wei melangkah masuk ke gelanggang dapat dilihat riak wajah Chong Wei yang agak tidak bermaya, corak permainan pada set pertama juga dilihat sangat berhati-hati dengan setiap pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei. Keputusan yang dilakukan Chong Wei untuk menarik diri telah mengecewakan Lin Dan yang dapat dilihat kesungguhannya untuk mengalahkan Chong Wei dengan cara orang jantan.
Pertama kali juga dilihat Lin Dan begitu baik terhadap lawannya.....
Datuk Lee Chong Wei
lain-lain keputusan.
| - |
|
| - |
|
| - |
|
| - |
|
| - |
|
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..badminton.., ..gambar..
::Chong Wei Halangan Petama::
Thursday, 15 December 2011 | 07:01 | 0 comments
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Pemain badminton perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei terpaksa bertungkus lumus sebelum memenangi perlawanan kumpulan pertama perseorangan lelaki Final Siri Super Dunia yang berlangsung di Liu Zhou, China pada Rabu.Pemain 29 tahun itu, dalam Kumpulan A, mengambil masa 51 minit untuk mengalahkan Sho Sasaki dari Jepun 21-11, 18-21, 21-12.
Perlawanan Kumpulan A lain antara Simon Santoso dari Indonesia dan Peter Hoeg Gade dari Denmark, menang 21-13, 21-9.
Sementara itu dalam Kumpulan B, lawan Chong Wei, Lin Dan dari China juga berhempas pulas sebelum mengalahkan Chen Long 21-15, 19-21, 21-17.
Dalam beregu lelaki, pemain kebangsaan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dikalahkan oleh Sung Jung Jae dan Dae Lee Yung dari Korea Selatan 21-18, 15-21, 18-21.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..badminton.., ..gambar..
::Sebutir emas RM72,000::
Wednesday, 23 November 2011 | 09:57 | 0 comments
2011/11/23KETIKA atlit negara yang memenangi pingat emas bakal menerima RM10,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), tetapi nilai emas dimenangi atlit tuan rumah Indonesia tampak lebih tinggi.
Difahamkan, sebutir emas dimenangi atlit negara Merah Putih itu bernilai 200 juta rupiah (RM72,000) dan ganjaran tinggi itu antara usaha mereka menyuntik semangat atlit bagi memburu kejuaraan keseluruhan selepas kali terakhir memenanginya 14 tahun lalu.
Ini bermakna tuan rumah itu perlu mengeluarkan peruntukan sebanyak RM13.1 juta untuk memberi insentif kepada atlit berdasarkan 182 emas dikutip mereka.
Namun, atlit negara patut bersyukur kerana insentif RM10,000 yang bakal diterima itu adalah nilai baru selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu ganjaran RM5,000 diberi sebelum ini dikaji semula.
Jadi, berdasarkan skim baru ditetapkan April tahun lalu, atlit negara yang memenangi emas Sukan SEA akan menerima RM10,000 dan tambahan RM1,000 bagi rekod baru.
Bagi pasukan yang diwakili kurang lima atlit akan menerima RM10,000 bagi emas pertama dan selain daripada itu akan menerima habuan RM2,000.

Labels: ..artikel.., ..gambar.., ..sukan sea..





