::Mohd Hafiz, Aika Julang Skuasy Kedah::
Saturday, 21 April 2012 | 03:37 | 0 comments
KEDAH melakar kejayaan gemilang pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang berakhir di Pusat Skuash Datuk Nicol David, Bukit Dumbar, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Pasukan negeri jelapang padi itu mendominasi acara berpasukan Perempuan Bawah 12 (B-12) dan 15 Tahun (B-15) dan lebih manis apabila dua pemainnya menjuarai acara Perseorangan Lelaki B-12 menerusi Mohd Hafiz Abd Hanif selepas menumpaskan Wang Peng Soon dari Melaka, 11-5, 11-7, 11-7.
Aika Aman pula menjuarai acara perseorangan kategori Perempuan B-15 selepas menewaskan rakan senegeri, S Sivasangari, 11-8, 11-7, 6-11, 11-7.
Kedah turut menumpas Sarawak, 2-1 untuk menjuarai kategori Berpasukan Perempuan B-12 dan sekali lagi menewaskan Sarawak 2-0 memenangi acara Berpasukan Perempuan B-15.
Sementara itu, pasukan tuan rumah menjuarai acara kategori Perempuan B-18 apabila mengalahkan Kedah, 2-0 di final.
Bagi kategori Lelaki B-18, Pahang muncul juara selepas mengalahkan Negeri Sembilan, 2-0, Wilayah Persekutuan pula memenangi kategori Lelaki B-15 apabila menumpaskan Kedah 2-0 dan Melaka pula memenangi acara Lelaki B-12 selepas mengalahkan Kedah, 2-0.
Pegawai Pembangunan Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP), Mohamed Ali Mohamed Jelani berkata, kejohanan itu berjaya melahirkan pemain yang akan menjulang nama negara.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..skuasy..
::Nicol pertahan Terbuka KL::
Wednesday, 14 March 2012 | 15:20 | 0 comments
14/3/2012
BUAT pertama kali dalam sejarah penganjuran Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Kuala Lumpur (KL) akan menampilkan 16 pemain terbaik wanita yang akan bertarung merebut kejuaraan di pertandingan yang akan berlangsung dari 26 hingga 31 Mac ini.
Datuk Nicol Ann David bakal mengetuai senarai pemain kategori wanita negara sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenanginya manakala kategori lelaki akan menampilkan pemain terbaik negara, Azlan Iskandar disamping Ong Beng Hee dan Nohd Nafiizwan Adnan.
Kejohanan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan lebih lumayan dalam kategori wanita, RM179,805 (AS$60,000) berbanding sebelum ini RM158,827 (AS$53,000).
Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata, kehadiran Nicol yang turun mempertahankan kejuaraan menjadi tarikan utama kejohanan itu yang kini mendapat siri kejohanan Gold Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa).
“Kenaikan jumlah wang kemenangan juga menjadikan pertandingan ini lebih sukar dengan kehadiran juara bertahan seperti Nicol dan Karim Darwish bagi kategori lelaki.
“SRAM sudah bersedia menganjurkan pertandingan ini dan mungkin Nicol tidak berdepan dengan masalah mempertahankan kejuaraannya biarpun dengan kehadiran pemain di ranking kedua, Jenny Duncalf. “Namun saya berharap, agar pemain lelaki kita akan dapat mara ke depan untuk mencapai kejayaan dan berusaha membuktikan Malaysia boleh kerana saya lihat pemain lelaki juga mempunyai peluang,” katanya.
Namun buat julung kalinya, pertandingan Skuasy Terbuka KL akan dikenali dengan nama baru iaitu Kejohanan CIMB Nicol David Terbuka KL sebagai penghormatan kepada pemain negara di atas kejayaannya melakarkan rekod baru dengan menjuarai kejohanan dunia sebanyak enam kali.
Nicol membuktikan kejayaannya dengan menjuarai enam Kejohanan Terbuka Dunia selain memenangi 59 gelaran WSA bagi mencatat namanya dalam sejarah skuasy dunia. Kejohanan ini akan berlangsung di dua venue iaitu di Pusat Skuasy National Bukit Jalil pada 26-28 Mac manakala akan bertukar ke Berjaya Times Square pada 29-31 Mac.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..skuasy..
::Chong Wei, Nicol David kekal olahragawan, olahragawati::
Wednesday, 30 November 2011 | 14:54 | 0 comments
GEORGE TOWN - Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David semalam dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Pulau Pinang 2010 sekaligus mengulangi pencapaian cemerlang mereka selama tiga musim berturut-turut.Kedua-dua jaguh negara itu bagaimanapun tidak dapat hadir untuk menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Anugerah Sukan 2010 di Tanjung Bungah di sini.
Chong Wei yang diwakili abangnya, Lee Chong Eng, 36, tidak dapat hadir kerana menyertai kejohanan terbuka Macau minggu ini.Lebih manis apabila beliau turut menggondol Anugerah Perdana TYT Negeri Pulau Pinang 2010.
Sementara itu, Nicol yang diwakili bapanya, Desmond David, 64, tidak dapat hadir kerana terikat dengan latihan rutinnya di Poland, Amsterdam dan dijadual berlepas pulang ke tanah air minggu depan.Chong Wei dan Nicol, masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan dan wang tunai RM3,000.
Anugerah Olahragawan Harapan pula diraih atlet badminton Nelson Heg Wei Keat, 18, yang menjadi naib juara dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia tahun lepas.Manakala atlet karate, Sek Jia Wen, 16, dianugerah Olahragawati harapan 2010 atas kejayaannya menempah pingat perak dalam acara individu kebangsaan Remaja ke-20 dan pingat emas dalam acara berpasukan.
Mereka berdua masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan, dan wang tunai RM2,000.Anugerah Pasukan terbaik 2010 pula dimenangi Pasukan Karate bagi kategori lelaki dan wanita berdasarkan pencapaian mereka yang membanggakan dalam Kejohanan Hong Kong ke-10 (emas) dan Kejohanan Koi Dunia Greece ke-19 (emas).
Dakwat basah:: tahniah kepada pemenang.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..badminton.., ..skuasy..
.:Nicol Juara Australia Open:.
Tuesday, 16 August 2011 | 03:21 | 0 comments
Cipta kemasyhuran skuasy dunia gah menjuarai Terbuka Australia
NICOL David memahat nama dalam satu lagi detik kemasyhuran skuasy dunia apabila gah menjuarai Terbuka Australia - buat menambah koleksi kejuaraan terbaru ratu skuasy negara itu selepas mudah mengatasi musuh tradisinya, Jenny Duncalf dalam final di Canberra, semalam.
Pemain nombor satu dunia itu mempamerkan aksi cemerlang apabila menang 11-8, 11-4, 11-6 dalam kejohanan Siri Dunia Wispa itu dan membolehkan namanya terpahat di Trofi Heather McKay.
Dengan banyak nama besar di trofi itu, anda juga rasa mahu turut mendapatkan kejuaraan dan saya gembira memenanginya. Saya tahu hari ini (semalam) akan menjadi final yang sukar, dia tahu permainan saya dan kami selalu bermain bersama. Saya perlu kekal konsisten semasa bermain di sini, saya bergerak dengan baik, fokus dan kekal bermain cara saya. - Nicol David, Jagoan skuasy negara
“Dengan banyak nama besar di trofi itu, anda juga rasa mahu turut mendapatkan kejuaraan dan saya gembira memenanginya. Saya tahu hari ini (semalam) akan menjadi final yang sukar, dia tahu permainan saya dan kami selalu bermain bersama.
Nicol berkata, dia bermula dengan baik apabila mendahului dua set awal dan itu memberikannya kelebihan.
“Saya perlu kekal konsisten semasa bermain di sini, saya bergerak dengan baik, fokus dan kekal bermain cara saya,” katanya.
Labels: ..artikel.., ..skuasy..


