Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Eaton Lebur Rekod Dunia::
Monday, 12 March 2012 | 12:16 | 0 comments

ISTANBUL: Pemegang rekod dunia acara heptatlon lelaki, Ashton Eaton dan pelari pecut Justin Gatlin membolehkan Amerika Syarikat mengungguli senarai pungutan pingat pada hari kedua Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Dunia, kelmarin.

Eaton memadamkan rekod dunia dalam dewan miliknya dan Gatlin mengungguli acara 60 meter selain rakan sepasukan Sanya Richards-Ross (400m) dan Chaunte Lowe (lompat tinggi) turut menghadiahkan pingat emas kepada AS sekali gus membolehkan negara itu mendahului senarai kedudukan pingat.

Eaton mengumpul 6,645 mata daripada enam acara di Atakoy Arena mengatasi rekod lama miliknya, 6,568 mata yang dilakukan pada kejohanan antarabangsa dalam dewan Tallinn, Februari tahun lalu.

“Saya berasa cukup bagus,” kata Eaton mengulas mengenai catatan 100m (6.79 saat), lompat jauh (8.16m), lontar peluru (14.56m), lompat tinggi (2.03m), 60m lari berpagar (7.68sec), lompat bergalah (5.20m) dan 1,000m (2:32.77).

“Apabila hadir menyertai kejohanan ini, saya tahu saya mampu memecahkan rekod dunia. Pertandingan ini amat mantap, semuanya bagus dan saya tidak berdepan acara yang teruk.” Gatlin memulakan langkah kanan selepas menjalani penggantungan empat tahun dengan memenangi acara 60m.

Pemenang pingat emas dalam acara 100m di Olimpik Athens pada 2004 dan juara dunia dalam dewan itu memulakan larian pantas di Atakoy Arena untuk merekod catatan masa 6.46s.

Pakar lari berganti-ganti Jamaica, Nesta Carter merangkul perak sementara juara bertahan Dwain Chambers dari Britain, meraih pingat gangsa.

“Saya datang ke sini untuk mendominasi dan mahu meneruskan penguasaan. Saya mahu memastikan sebaik pistol berbunyi saya terus berlari untuk menang,” katanya. - AFP

.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..kejohanan dunia.., ..olahraga..

::Rekod Dunia 4x100m::
Monday, 5 September 2011 | 21:25 | 0 comments
DAEGU: Raja pecut Usain Bolt menceriakan kemuncak Kejohanan Olahraga Dunia malam tadi apabila mengemudi kuartet Jamaica memecah rekod dunia acara 4x100 meter lelaki pada hari terakhir saingan di Daegu.
Ia adalah emas kedua Bolt pada kejohanan kali ini selepas memenangi mahkota 200m kelmarin dan menamatkan penyudah diinginkan pelari pecut itu, yang kecewa apabila impiannya memenangi acara 100m terkubur kerana kesilapan di permulaan.

Pasukan Jamaica terdiri daripada Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan Bolt terlalu unggul buat lawan mereka dan Bolt meluru melepasi garisan penamat dengan catatan 37.04 saat dengan Perancis merangkul pingat perak manakala St Kitts and Nevis gangsa.
Amerika Syarikat gagal menamatkan perlumbaan selepas Darvis Patton terjatuh di trek dan tidak dapat menghulurkan baton kepada Walter Dix yang menjadi pelari utama.

Bolt yang gembira menari di trek dan berpura-pura menanggalkan jersi di depan penonton, hanya sehari selepas dia memukau penonton dengan catatan keempat terpantas 200m sepanjang zaman ketika dia bangkit daripada kekecewaan acara 100m.

Ia juga satu-satunya rekod dunia dicatat pada kejohanan edisi ke-13 itu. Mereka memecahkan rekod milik sendiri 37.10s dilakar ketika memenangi emas di Sukan Olimpik Beijing 2008.

Labels: ..kejohanan dunia.., ..olahraga..

.:Air Mata Jaguh:.
Tuesday, 16 August 2011 | 03:18 | 0 comments

"KEKALAHAN ini memang perit, tetapi saya sudah mencuba sedaya upaya, mungkin nasib tidak menyebelahi saya," kata jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang berlinangan air mata sejurus tunduk kepada musuh tradisi, Lin Dan pada final Kejohanan Dunia di Arena Wembley, semalam.
Kekecewaan pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu memang perit kerana dia hanya dipisahkan satu mata daripada kejuaraan pertamanya tetapi kegagalan mematikan bulu tangkis Walaupun mendahului dua kali 20-19 dan 21-20 pada set penentuan menyaksikan impian besarnya itu lebur.

"Lin Dan memang seorang pemain yang berani mengambil risiko ketika berdepan detik genting apabila dia terus mengasak menyebabkan saya tertekan dan melakukan kesilapan.

"Walaupun kecewa tetapi kekalahan ini belum mematikan semangat saya untuk cuba memenangi kejuaraan berprestij ini. Jadi, saya akan cuba memenanginya pada penampilan terakhir 2013 nanti," katanya yang tampil beraksi dalam final pertamanya selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini.

Aksi kedua-dua pemain itu jelas menepati pertembungan final impian dengan permainan bermutu dan mendebarkan selama 86 minit sebelum Lin Dan keluar sebagai pemenang 22-20, 14-21, 21-23.

Chong Wei selepas itu terus mengalami kekejangan otot dan terpaksa mendapatkan rawatan kerana final itu disifatkan paling sengit dalam 25 pertemuan kedua-dua jaguh itu sejak 2004.
Kekalahan Chong Wei itu bukan saja impiannya untuk memahat nama selaku pemain pertama negara menjuarainya kejohanan itu musnah, tetapi turut menyaksikan kemarau tanpa gelaran negara selama 34 tahun terus berpanjangan.

Sebaliknya, Lin Dan, 28, membuktikan dia adalah legenda apabila memenangi kejuaraan berprestij itu buat kali keempat selepas menjulangnya pada 2006, 2007 dan 2009.

Malah, kejuaraan itu adalah koleksi kejuaraannya yang ke-44 sejak 2002 dan keempat tahun ini selepas Terbuka Korea, Jerman dan Kejohanan Asia.

"Apa yang membezakan kedua-dua pemain itu ialah Lin Dan berani mengambil risiko sewaktu berdepan situasi genting. Itu yang dilakukannya dan ia berjaya," kata jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock.

Sementara itu, Lin Dan berkata dia hanya mencuba nasib dengan mengasak Chong Wei ketika dia ketinggalan dan lawan sudah diambang kejuaraan pada penghujung permainan.

"Sebagai pemain saya harus mengambil risiko dan tindakan terus mengasaknya berhasil apabila Chong Wei melakukan kesilapan. Ini kejayaan bermakna dan memberi rangsangan terbaik menghadapi Sukan Olimpik tahun depan," katanya

Labels: ..artikel.., ..badminton.., ..kejohanan dunia..

.:Chong Wei Menuju Puncak:.
Sunday, 14 August 2011 | 08:55 | 0 comments
Chong Wei hampiri impian julang mahkota Kejohanan Dunia

"INI peluang terbaik saya dan saya tidak akan melepaskannya (menjulang kejuaraan)," demikian tekad Lee Chong Wei sejurus membuktikan kejaguhannya mara ke final Kejohanan Dunia di Arena Wembley, malam tadi.
Tekad Chong Wei itu tidak sukar ditafsirkan selepas peluang keemasan menjulang kejuaraan berprestij buat julung kali itu kini berada di depan mata dan andai mempersiakannya, dia mungkin terus kempunan tanpa gelaran itu sepanjang kariernya.
Ini kerana, Chong Wei terpaksa menunggu dua tahun lagi sekiranya mahu memenanginya kerana kejohanan tahunan itu tidak dilangsungkan tahun depan berikutan penganjuran Sukan Olimpik 2012, apatah lagi usianya kini mencecah 29 tahun.

Selepas lima percubaan berakhir dengan kekecewaan, impian Chong Wei memenangi kejuaraan elusif itu buat julung kali dan menjadi pemain pertama negara menjulangnya sejak diperkenalkan di Malmo pada 1977, semakin hampir menjadi kenyataan apabila mempamerkan aksi bermutu ketika menewaskan juara bertahan, Chen Jin dari China 21-13, 21-9 dalam tempoh 43 minit pada separuh akhir, semalam.

“Selepas lima kali bermain, ini adalah perlawanan paling sukar tetapi saya gembira kerana mampu memenanginya. Lagipun, saya agak tertekan kerana ini aksi pertama saya di separuh akhir,” kata Chong Wei.

Ditanya mengenai permainannya yang agak mendatar pada awal set kedua hingga ketinggalan 1-5 sebelum menyamakan kedudukan 7-7, Chong Wei berkata, Chen Jin menukar corak permainannya.
“Selepas menyamakan kedudukan dan menyerap asakannya, saya tidak menoleh ke belakang lagi dengan mengasaknya dan lebih pantas mematikan bulu tangkis,” katanya yang belum tewas sebarang set dalam laluannya ke final.

Sementara itu, jurulatih Tey Seu Bock menyifatkan perlawanan menentang Chen Jin adalah persiapan terbaik Chong Wei untuk menghadapi final selepas tidak dicabar sengit sebelum ini.

“Walaupun mata diperoleh Chen Jin sedikit, dia sebenarnya memberi saingan dan tekanan kepada Chong Wei. Jadi, dia perlu lebih fokus andai mahu memenangi final esok (hari ini),” katanya.

Chong Wei akan menentang juara dunia tiga kali, Lin Dan pada final hari ini selepas Lin Dan mengalahkah Peter Gade Christensen 22-24, 21-7, 21-15 pada pertemuan separuh akhir kedua-dua pemain itu berlangsung awal pagi tadi

::Wong Choong Hann Mengatur Langkah::
Wednesday, 10 August 2011 | 05:54 | 0 comments
KUALA LUMPUR, (D5) - Pemain perseorangan negara, Wong Choong Hann melepasi halangan pertama Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London, selepas menumpaskan Hsieh Yu Hsing dari Taiwan 21-7 21-9.

Menanti Choong Hann di pusingan kedua esok ialah jaguh Thailand yang juga pemain pilihan kesepuluh, Boonsak Ponsana.Boonsak terlebih dahulu memulakan saingan dengan mengatasi pemain Belanda, Eris Pang, 12-21, 21-17, 21-10.

 Sementara itu, beregu kedua negara Mohd Zakry Abdul Latif dan Hoon Thien How terpaksa menamatkan saingan di pusingan kedua apabila tunduk kepada beregu Taiwan, Fang Chieh Min dan Lee Sheng Mu 24-26, 19-21.Zakry-Hoon gagal meneruskan kemenangan selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat yang juga bekas juara dunia 2005 Howard Bach-Tony Gunawan 21-17, 21-14 di pusingan pertama, semalam.

Pada saingan kedua esok bakal menyaksikan jaguh No. 1 dunia, Lee Chong Wei bertemu pemain Findland, Lang Ville.Chong Wei disebut-sebut bakal menjadi calon untuk beraksi di final dan juga diramalkan akan bertemu jaguh dari China, Lin Dan.

::Zakry-Hoon Mahu Tutup Mulut::
Tuesday, 9 August 2011 | 01:48 | 0 comments

KUALA LUMPUR,- Pasangan beregu lelaki negara, Mohd Zakry Abdul Latif dan Hoon Thien How berjaya membuktikan kemampuannya dalam Kejohanan Badminton Dunia selepas melepasi halangan pasangan Amerika Syarikat yang juga bekas juara dunia 2005 Howard Bach-Tony Gunawan di pusingan pertama.

Turun sebagai pemain bukan pilihan, Zakry-Hoon nyata mencuri perhatian peminat apabila menerima tanggungjawab berat berikutan pemilihannya dalam kejohanan ini dipertikaikan kerana tidak mencukupi merit kelayakan.Sebelum ini juga, ramai pihak yang meramalkan pasangan muda tersebut terkandas di pusingan pertama lebih-lebih lagi berdepan dengan bekas juara dunia seperti Howard-Tony.

Namun hari ini mereka berjaya menutup mulut pengkritik dengan mempamerkan aksi cemerlang selepas mudah menewaskan Howard-Tony 21-17, 21-14.Pun begitu, terlalu awal untuk Zakry-Hoon mendabik dada kerana mereka terpaksa berdepan dengan pasangan pilihan ke-10 dari Chinese Taipei, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu pada pusingan kedua esokSekiranya berjaya, mereka diramalkan akan bermua pasangan dari Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan ataupun Hong Wei- Shen Ye dari China di pusingan ketiga.

Ini baru pusingan pertam jika mereka mahu betul-betul menutup mulut pengkritik mereka perlu sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan ketika berdepan dengan pasangan diri Amerika itu.Masih terlalu awal untuk mereka berada dalam kedudukan selesa. Moga mereka terus konsisten

Labels: ..badminton.., ..kejohanan dunia..

.:Kejohanan Dunia:.
Thursday, 28 July 2011 | 02:52 | 0 comments

KUALA LUMPUR, - Undian pemain yang akan bersaing pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 telah dijalankan dan ia menyaksikan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bakal melalui laluan mudah sebelum sampai ke final.

Pun begitu jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek tetap menganggap Chong Wei akan menghadapi halangan sukar pada kejohanan itu kerana terpaksa berdepan jaguh muda terutama dari China yang sukar diramal.

"Memang kebanyakan pemain-pemain yang bakal ditempuhi Chong Wei adalah pemain yang pernah ditewaskannya, namun kami tidak boleh menjangkakan prestasi mereka lebih-lebih lagi dalam kejohanan besar seperti ini," katanya ketika majlis undian pemain yang dijalankan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Chong Wei akan menentang pemain Thailand, T. Saensomboonsuk pada pusingan pertama sebelum berdepan samaada Ville Lang (Finland) ataupun D. Rumbika (Indonesia) di pusingan kedua.Di suku akhir, Chong Wei dijangka akan bertemu pemain ranking ke-9 dunia, dari Korea Selatan Park Sung Hwan sebelum berdepan pemain dari China yang juga pemain ranking ke-5 Chen Long.

Sekiranya lepas di peringkat itu, Chong Wei juga diramal berdepan samaada pemain ranking ke-4, Taufik Hidayat (Indonesia) ataupun pemain ranking ke-6 Chen Jin (China) dalam peringkat separuh akhir.Manakala di final, Chong Wei diramal bakal bertemu pemain ke-2 dunia yang juga musuh tradisinya dari China, Lin Dan.

"Halangan besar bagi Chong Wei adalah pemain-pemain dari China. Bagi saya, Chong Wei mungkin tidak mempunyai halangan sukar sehinggalah di peringkat suku akhir," tambah jurulatih itu.Menurut Rashid, buat masa sekarang kecederaan Chong Wei masih belum pulih sepenuhnya namun dia percaya ia akan baik sebelum menjelang kejohanan tersebut.

Rashid turut menjelaskan, sekiranya Chong Wei gagal dalam merebut gelaran dalam kejohanan ini, beliau tetap meneruskan misinya pada sukan Olimpik 2012 di London."Walau apapun, inilah masa terbaik untuknya meraih gelaran Kejohanan Dunia," katanya.

Sementara itu, dalam beregu lelaki, menyaksikan pasangan Mohd Zakry Abdul Latih-Thien How Hoon berkemungkinan terpaksa melalui laluan sukar di peringkat awal apabila diramal berdepan dengan Tony Gunawan dan Howard Bach dari Amerika Syarikat di pusingan kedua.

Pemilihan Mohd Zakry Abdul Latih-Thien How Hoon ke Kejohanan Dunia dipertikai ramai pihak kerana tidak mencukupi merit kelayakan, namun jurulatih beregu, Rexy Mainaky tetap berkeras pasangan itu akan buktikan kemapuannya.

"Saya percaya mereka akan buktikan kelayakannya dalam kejohanan itu nanti," katanya.

Rexy Mainaky turut menjelaskan beliau yakin beregu utama negara, Kien Keat Koo dan Boon Heong Tan tidak mempunyai masalah besar untuk sampai ke peringkat suku akhir.

"Namun apa yang saya fikirkan, dalam kejohanan besar seperti ini semua pemain akan bekerja lebih keras dan ia nyata berbeza dengan kejohanan Siri Super," tambahnya.

Untuk lebih mengetahui lain-lain laluan pemain sila klik untuk acara

Perseorangan Lelaki 
Perseorangan Perempuan
Beregu Perempuan
Beregu Lelaki 
Beregu Campuran

nota kecik::moga kali ini Malaysia akan mencipta satu sejarah yang lama di tunggu 

::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::

::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::

Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas

Perihal pengutip artikel ;]

Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet

Oxygen Chrome - Working