::Zakry-Hoon Mahu Tutup Mulut::
Tuesday, 9 August 2011 | 01:48 | 0 comments
KUALA LUMPUR,- Pasangan beregu lelaki negara, Mohd Zakry Abdul Latif dan Hoon Thien How berjaya membuktikan kemampuannya dalam Kejohanan Badminton Dunia selepas melepasi halangan pasangan Amerika Syarikat yang juga bekas juara dunia 2005 Howard Bach-Tony Gunawan di pusingan pertama.
Turun sebagai pemain bukan pilihan, Zakry-Hoon nyata mencuri perhatian peminat apabila menerima tanggungjawab berat berikutan pemilihannya dalam kejohanan ini dipertikaikan kerana tidak mencukupi merit kelayakan.Sebelum ini juga, ramai pihak yang meramalkan pasangan muda tersebut terkandas di pusingan pertama lebih-lebih lagi berdepan dengan bekas juara dunia seperti Howard-Tony.
Namun hari ini mereka berjaya menutup mulut pengkritik dengan mempamerkan aksi cemerlang selepas mudah menewaskan Howard-Tony 21-17, 21-14.Pun begitu, terlalu awal untuk Zakry-Hoon mendabik dada kerana mereka terpaksa berdepan dengan pasangan pilihan ke-10 dari Chinese Taipei, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu pada pusingan kedua esokSekiranya berjaya, mereka diramalkan akan bermua pasangan dari Indonesia Markis Kido-Hendra Setiawan ataupun Hong Wei- Shen Ye dari China di pusingan ketiga.
Ini baru pusingan pertam jika mereka mahu betul-betul menutup mulut pengkritik mereka perlu sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukan ketika berdepan dengan pasangan diri Amerika itu.Masih terlalu awal untuk mereka berada dalam kedudukan selesa. Moga mereka terus konsisten
Labels: ..badminton.., ..kejohanan dunia..