.:Kejohanan Dunia:.
Thursday, 28 July 2011 | 02:52 | 0 comments
KUALA LUMPUR, - Undian pemain yang akan bersaing pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 telah dijalankan dan ia menyaksikan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bakal melalui laluan mudah sebelum sampai ke final.
Pun begitu jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek tetap menganggap Chong Wei akan menghadapi halangan sukar pada kejohanan itu kerana terpaksa berdepan jaguh muda terutama dari China yang sukar diramal.
"Memang kebanyakan pemain-pemain yang bakal ditempuhi Chong Wei adalah pemain yang pernah ditewaskannya, namun kami tidak boleh menjangkakan prestasi mereka lebih-lebih lagi dalam kejohanan besar seperti ini," katanya ketika majlis undian pemain yang dijalankan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.
Chong Wei akan menentang pemain Thailand, T. Saensomboonsuk pada pusingan pertama sebelum berdepan samaada Ville Lang (Finland) ataupun D. Rumbika (Indonesia) di pusingan kedua.Di suku akhir, Chong Wei dijangka akan bertemu pemain ranking ke-9 dunia, dari Korea Selatan Park Sung Hwan sebelum berdepan pemain dari China yang juga pemain ranking ke-5 Chen Long.
Sekiranya lepas di peringkat itu, Chong Wei juga diramal berdepan samaada pemain ranking ke-4, Taufik Hidayat (Indonesia) ataupun pemain ranking ke-6 Chen Jin (China) dalam peringkat separuh akhir.Manakala di final, Chong Wei diramal bakal bertemu pemain ke-2 dunia yang juga musuh tradisinya dari China, Lin Dan.
"Halangan besar bagi Chong Wei adalah pemain-pemain dari China. Bagi saya, Chong Wei mungkin tidak mempunyai halangan sukar sehinggalah di peringkat suku akhir," tambah jurulatih itu.Menurut Rashid, buat masa sekarang kecederaan Chong Wei masih belum pulih sepenuhnya namun dia percaya ia akan baik sebelum menjelang kejohanan tersebut.
Rashid turut menjelaskan, sekiranya Chong Wei gagal dalam merebut gelaran dalam kejohanan ini, beliau tetap meneruskan misinya pada sukan Olimpik 2012 di London."Walau apapun, inilah masa terbaik untuknya meraih gelaran Kejohanan Dunia," katanya.
Sementara itu, dalam beregu lelaki, menyaksikan pasangan Mohd Zakry Abdul Latih-Thien How Hoon berkemungkinan terpaksa melalui laluan sukar di peringkat awal apabila diramal berdepan dengan Tony Gunawan dan Howard Bach dari Amerika Syarikat di pusingan kedua.
Pemilihan Mohd Zakry Abdul Latih-Thien How Hoon ke Kejohanan Dunia dipertikai ramai pihak kerana tidak mencukupi merit kelayakan, namun jurulatih beregu, Rexy Mainaky tetap berkeras pasangan itu akan buktikan kemapuannya.
"Saya percaya mereka akan buktikan kelayakannya dalam kejohanan itu nanti," katanya.
Rexy Mainaky turut menjelaskan beliau yakin beregu utama negara, Kien Keat Koo dan Boon Heong Tan tidak mempunyai masalah besar untuk sampai ke peringkat suku akhir.
"Namun apa yang saya fikirkan, dalam kejohanan besar seperti ini semua pemain akan bekerja lebih keras dan ia nyata berbeza dengan kejohanan Siri Super," tambahnya.
Untuk lebih mengetahui lain-lain laluan pemain sila klik untuk acara
Perseorangan Lelaki
Perseorangan Perempuan
Beregu Perempuan
Beregu Lelaki
Beregu Campuran
nota kecik::moga kali ini Malaysia akan mencipta satu sejarah yang lama di tunggu
Labels: ..artikel.., ..badminton.., ..kejohanan dunia..