::SK Sungai Dua Gah::
Saturday, 21 July 2012 | 05:39 | 0 comments
SEKOLAH Kebangsaan (SK) Sungai Dua, Seberang Perai Utara (SPU) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 10 Tahun peringkat negeri Pulau Pinang selepas menewaskan SK Pauh Jaya, 2-0 di padang Politeknik Seberang Perai (PSP), baru-baru ini.
Aiman Haikal Azman, 10, dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, 10, muncul wira SK Sungai Dua apabila menjaringkan gol pada minit ketiga babak pertama dan minit ke-25 separuh masa kedua.
Hasil kemenangan itu, SK Sungai Dua membawa pulang piala pusingan Emas Warisan, piala iringan, wang tunai RM500, sijil penyertaan, medal dan jersi, manakala SK Pauh Jaya pula menerima hadiah wang tunai RM300, medal, sijil penyertaan dan jersi. Tempat ketiga disandang SK Tok Bedu SPU manakala SK Permai Indah pula menduduki tempat keempat.
Sebelum itu, SK Pauh Jaya berjaya memasuki perlawanan akhir selepas menundukkan SK Permai Indah 3-1, manakala SK Sungai Dua pula menewaskan SK Tok Bedu 3-2.
Pemain terbaik disandang pemain SK Tok Bedu, Mohd Aiman Mohd Fauzi, penjaga gol terbaik, Sikh Izhan Nazrel dari SK Sungai Dua manakala penjaring terbanyak dimenangi Mohd Adam Nadzmi Zamri dari SK Pauh Jaya. Guru Besar SK Pauh Jaya, Noraini Jaafar bersama Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PSP, Kalsom Sailan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..bola sepak..