Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Sejarah Tercipta Untuk SKSS I::
Monday, 23 July 2012 | 12:10 | 0 comments

PASUKAN taekwando Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I (SKSS I) mencatat sejarah apabila menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Taekwando Jemputan Sekolah-Sekolah Malaysia (WTF) 2012 di SKSS I, Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

Kejohanan pertama kali dianjurkan itu disertai 250 buah sekolah menengah dan rendah membabitkan 750 peserta daripada lapan negeri.


Bagi ketegori sekolah rendah, SKSS I berjaya menggondol 10 emas, 4 perak dan 10 gangsa mengenepikan SKSS II yang memperolehi 2 emas, 4 perak dan 6 gangsa mengatasi Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut dengan 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa.

Sementara itu, bagi ketegori sekolah menengah pula, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut muncul johan dengan mengutip 4 emas, 5 perak dan 2 gangsa mengatasi pencabar terdekatnya, MRSM Kota Putera dengan 3 emas, 2 Perak dan 4 gangsa selain Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) di tempat ketiga dengan 2 emas, 4 perak dan 3 gangsa.


Ketua Jurulatih SKSS I, Mohd Solihin Abdullah, berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya dalam kejohanan paling berprestij peringkat sekolah itu.


“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran untuk meraih banyak emas dalam kejohanan itu kerana saingan pasukan sekolah daripada negeri lain sangat kuat dan berpotensi untuk menyerlah.

“Kemenagan ini menyuntik semangat kepada pasukan kami untuk menghadapi Kejohanan Taekwando Jemputan Sekolah-Sekolah Antarabangsa (WTP) 2012 pada Ogos ini di SKSS I.


“Sebagai tuan rumah kita menyasarkan tempat tiga terbaik dalam kejohanan itu yang turut disertai pasukan elit dari luar negara seperti Thailand,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/23


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..taekwando..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Sejarah Tercipta Untuk SKSS I::
Monday, 23 July 2012 | 12:10 | 0 comments

PASUKAN taekwando Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I (SKSS I) mencatat sejarah apabila menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Taekwando Jemputan Sekolah-Sekolah Malaysia (WTF) 2012 di SKSS I, Kuala Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

Kejohanan pertama kali dianjurkan itu disertai 250 buah sekolah menengah dan rendah membabitkan 750 peserta daripada lapan negeri.


Bagi ketegori sekolah rendah, SKSS I berjaya menggondol 10 emas, 4 perak dan 10 gangsa mengenepikan SKSS II yang memperolehi 2 emas, 4 perak dan 6 gangsa mengatasi Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut dengan 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa.

Sementara itu, bagi ketegori sekolah menengah pula, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut muncul johan dengan mengutip 4 emas, 5 perak dan 2 gangsa mengatasi pencabar terdekatnya, MRSM Kota Putera dengan 3 emas, 2 Perak dan 4 gangsa selain Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) di tempat ketiga dengan 2 emas, 4 perak dan 3 gangsa.


Ketua Jurulatih SKSS I, Mohd Solihin Abdullah, berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya dalam kejohanan paling berprestij peringkat sekolah itu.


“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran untuk meraih banyak emas dalam kejohanan itu kerana saingan pasukan sekolah daripada negeri lain sangat kuat dan berpotensi untuk menyerlah.

“Kemenagan ini menyuntik semangat kepada pasukan kami untuk menghadapi Kejohanan Taekwando Jemputan Sekolah-Sekolah Antarabangsa (WTP) 2012 pada Ogos ini di SKSS I.


“Sebagai tuan rumah kita menyasarkan tempat tiga terbaik dalam kejohanan itu yang turut disertai pasukan elit dari luar negara seperti Thailand,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/23


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..taekwando..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working