Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Gandingan Mantap::
Saturday, 21 July 2012 | 05:41 | 0 comments

JARINGAN tunggal sumbangan Nur Shamie Iszuan Amin pada babak kedua sudah cukup untuk menempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, Pahang ke saingan separuh akhir Liga Remaja Kementerian Pelajaran Bawah 17 Tahun 2012.

Memerlukan kemenangan ketika bertemu SMK Tun Hussein Onn dari Johor untuk mara ke saingan seterusnya, wakil Pantai Timur itu beraksi cemerlang dan memberi tekanan kepada pelawat sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, meskipun memperoleh banyak peluang terhidang, gandingan Mohd Azrul Firdaus Kamarul Zaman dan Nur Shamie gagal menembusi gawang pelawat hinggalah pada minit ke-41.

“Pemain berjaya memenuhi apa yang kami harapkan iaitu menempah tiket separuh akhir tahun ini,” kata ketua jurulatih SMK Seberang Temerloh, Abdul Hadi Mohamad.

“Kami mempunyai banyak peluang tapi saya rasa pemain agak gementar. Apapun, satu gol sudah mencukupi bagi kami.

“Perlawanan sukar kini menanti kami pada saingan seterusnya apabila bertemu SMK Tunku Anum dari Kedah. Kami perlu memberikan komitmen 200 peratus kerana mereka lawan yang kuat dan belum tewas. “ Hasil kemenangan itu, SMK Seberang Temerloh akan menyertai juara Kumpulan A, SMK Syed Hassan dari Perlis ke separuh akhir. Dua pasukan dari Kumpulan B ialah SMK Tunku Anum dan SMK Mutiara Impian.

Sementara itu, dalam saingan Piala Liga Kementerian Pelajaran Bawah 14 Tahun 2012, SMK Seri Titiwangsa dari Kuala Lumpur mengesahkan tempat di separuh akhir meskipun tewas 0-1 kepada SMK Tabuan Jaya, Sarawak di Kuching.

Pada perlawanan terakhir musim ini, SMK Tabuan Jaya yang gagal ke separuh akhir, memperoleh kemenangan menerusi gol tunggal, Mohd Adif Salim pada minit ke-61.

SMK Seri Titiwangsa disertai juara bertahan, SMK Bukit Nenas dari Terengganu daripada Kumpulan A manakala SMK Tunku Anum dari Kedah dan SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang layak dari Kumpulan B.

Perlawanan separuh akhir pertama berlangsung pada 1 September ini. Piala Liga Kementerian Pelajaran dan Piala Super 100PLUS adalah antara program dan pertandingan remaja dianjur 100PLUS.

Kejohanan lain yang turut dianjur adalah Terbuka Golf Remaja 100PLUS dan Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan 100PLUS.



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Gandingan Mantap::
Saturday, 21 July 2012 | 05:41 | 0 comments

JARINGAN tunggal sumbangan Nur Shamie Iszuan Amin pada babak kedua sudah cukup untuk menempatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, Pahang ke saingan separuh akhir Liga Remaja Kementerian Pelajaran Bawah 17 Tahun 2012.

Memerlukan kemenangan ketika bertemu SMK Tun Hussein Onn dari Johor untuk mara ke saingan seterusnya, wakil Pantai Timur itu beraksi cemerlang dan memberi tekanan kepada pelawat sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, meskipun memperoleh banyak peluang terhidang, gandingan Mohd Azrul Firdaus Kamarul Zaman dan Nur Shamie gagal menembusi gawang pelawat hinggalah pada minit ke-41.

“Pemain berjaya memenuhi apa yang kami harapkan iaitu menempah tiket separuh akhir tahun ini,” kata ketua jurulatih SMK Seberang Temerloh, Abdul Hadi Mohamad.

“Kami mempunyai banyak peluang tapi saya rasa pemain agak gementar. Apapun, satu gol sudah mencukupi bagi kami.

“Perlawanan sukar kini menanti kami pada saingan seterusnya apabila bertemu SMK Tunku Anum dari Kedah. Kami perlu memberikan komitmen 200 peratus kerana mereka lawan yang kuat dan belum tewas. “ Hasil kemenangan itu, SMK Seberang Temerloh akan menyertai juara Kumpulan A, SMK Syed Hassan dari Perlis ke separuh akhir. Dua pasukan dari Kumpulan B ialah SMK Tunku Anum dan SMK Mutiara Impian.

Sementara itu, dalam saingan Piala Liga Kementerian Pelajaran Bawah 14 Tahun 2012, SMK Seri Titiwangsa dari Kuala Lumpur mengesahkan tempat di separuh akhir meskipun tewas 0-1 kepada SMK Tabuan Jaya, Sarawak di Kuching.

Pada perlawanan terakhir musim ini, SMK Tabuan Jaya yang gagal ke separuh akhir, memperoleh kemenangan menerusi gol tunggal, Mohd Adif Salim pada minit ke-61.

SMK Seri Titiwangsa disertai juara bertahan, SMK Bukit Nenas dari Terengganu daripada Kumpulan A manakala SMK Tunku Anum dari Kedah dan SMK Mutiara Impian, Pulau Pinang layak dari Kumpulan B.

Perlawanan separuh akhir pertama berlangsung pada 1 September ini. Piala Liga Kementerian Pelajaran dan Piala Super 100PLUS adalah antara program dan pertandingan remaja dianjur 100PLUS.

Kejohanan lain yang turut dianjur adalah Terbuka Golf Remaja 100PLUS dan Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan 100PLUS.



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working