::Bencana Alam Suntik Semangat Atlet Jepun::
Saturday, 21 July 2012 | 05:37 | 0 comments
TOKYO: Atlet lawan pedang, Kenta Chida kehilangan sahabat baik kerana bencana tsunami, keluarga atlet berbasikal Kazunari Watanabe ditimpa bencana krisis nuklear Fukushima dan juara menembak dunia, Tomoyuki Matsuda terhutang budi kepada mangsa bencana yang terselamat.
Detik hitam itu mungkin memberi suntikan semangat kepada mereka dalam usaha menceriakan rakyat Jepun yang ditimpa bencana gempa bumi, tsunami dan krisis nuklear kira-kira 16 bulan lalu.
Ketabahan mangsa bencana yang menimpa wilayah Tohoku mendorong atlet Jepun memberikan yang terbaik pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Perkara sama pernah dilalui pasukan bola sepak wanita yang memenangi Piala Dunia 2011 di Jerman selepas jurulatih, Norio Sasaki menayangkan video bencana besar itu.
Kini mereka menyasarkan pingat emas pula di London dengan pemain pertahanan berasal dari Tohoku, Azusa Iwashimizu, 25, berkata: “Saya akan berusaha bukan untuk diri saya saja tapi untuk semua penduduk Tohoku.” Daripada 293 atlet Jepun yang bakal beraksi di Sukan Olimpik, sepersepuluh daripadanya mempunyai kaitan dengan Tohoku, antaranya pernah lahir atau bersekolah di wilayah itu.
Matsuda yang memenangi acara 50m pistol dan 10m air pistol pada Kejohanan Dunia 2010 tidak mempunyai kaitan dengan Tohoku tetapi tetap merasai derita yang ditanggung mereka.
“Saya mendapat kekuatan selepas menyaksikan pemulihan semula kawasan yang ditimpa bencana itu,” kata pegawai polis berusia 36 tahun dari Yokohama yang menamatkan saingan di tempat kelapan acara 50m pistol pada Sukan Olimpik Beijing 2008. - AFP
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..bola sepak.., ..olimpik..