Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Skuad negara masih kental::
Tuesday, 12 June 2012 | 11:05 | 0 comments

KEKALAHAN tipis 0-1 di tangan skuad bawah 22 tahun (B-22) kepada China dalam aksi persahabatan di Wuhan kelmarin tidak akan melemahkan skuad muda negara yang berjaya membuktikan tiada jurang ketara antara kedua-dua pasukan itu.

Biarpun memberi tentangan kepada pasukan tuan rumah, skuad B-22 negara kendalian Ong Kim Swee hanya dikecewakan atas kesilapan sendiri yang memberi peluang pihak lawan menjaringkan gol kemenangan.


“Perlawanan agak seimbang. Ada suatu ketika kami lebih mengawal permainan dan membuat asakan. Cuma kesilapan pemain pertahanan, Aminuddin (Mohd Noor) memberikan bola kepada pemain lawan memberi peluang kepada mereka menjaringkan gol kemenangan pada babak pertama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di China semalam.

Aksi di Wuhan atas jemputan China itu adalah perlawanan terakhir selepas berada di Budapest, Hungary dan Vion, Slovakia selama lebih dua minggu dalam rangka persiapan ke kelayakan Piala Asia bermula 23 Jun ini menentang Korea Selatan.


Skuad negara akan tiba di tanah air pagi ini dan memulakan latihan semula esok bagi persiapan perlawanan pemanas badan terakhir menentang B-22 Timor Leste, Ahad ini sebelum berlepas ke Myanmar.



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Skuad negara masih kental::
Tuesday, 12 June 2012 | 11:05 | 0 comments

KEKALAHAN tipis 0-1 di tangan skuad bawah 22 tahun (B-22) kepada China dalam aksi persahabatan di Wuhan kelmarin tidak akan melemahkan skuad muda negara yang berjaya membuktikan tiada jurang ketara antara kedua-dua pasukan itu.

Biarpun memberi tentangan kepada pasukan tuan rumah, skuad B-22 negara kendalian Ong Kim Swee hanya dikecewakan atas kesilapan sendiri yang memberi peluang pihak lawan menjaringkan gol kemenangan.


“Perlawanan agak seimbang. Ada suatu ketika kami lebih mengawal permainan dan membuat asakan. Cuma kesilapan pemain pertahanan, Aminuddin (Mohd Noor) memberikan bola kepada pemain lawan memberi peluang kepada mereka menjaringkan gol kemenangan pada babak pertama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di China semalam.

Aksi di Wuhan atas jemputan China itu adalah perlawanan terakhir selepas berada di Budapest, Hungary dan Vion, Slovakia selama lebih dua minggu dalam rangka persiapan ke kelayakan Piala Asia bermula 23 Jun ini menentang Korea Selatan.


Skuad negara akan tiba di tanah air pagi ini dan memulakan latihan semula esok bagi persiapan perlawanan pemanas badan terakhir menentang B-22 Timor Leste, Ahad ini sebelum berlepas ke Myanmar.



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working