Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Nadal catat rekod ke-7::
Tuesday, 12 June 2012 | 11:01 | 0 comments

PARIS: Rafael Nadal melakar rekod menjuarai Terbuka Perancis buat kali ketujuh, semalam apabila mengalahkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic 6-4, 6-3, 2-6, 7-5 sekali gus meranapkan impian pemain Serbia itu mencatat sejarah Grand Slam.

Dalam perlawanan akhir yang berlanjutan ke minggu ketiga buat kali kedua kerana hujan, pemain nombor dua dunia dari Sepanyol itu yang beraksi pada final Grand Slam ke-16 turut memegang rekod menakjubkan di Paris dengan 52 kemenangan berbanding sekali kalah.


Kemenangan itu yang diraih berikutan ‘double-fault’ Djokovic, membolehkannya mengatasi rekod enam kejuaraan Terbuka Perancis dikongsi bersama Bjorn Borg.

Ia kejuaraan Grand Slam ke-11 buat pemain berusia 26 tahun itu yang ketinggalan satu kejuaraan di belakang Roy Emerson, tiga di belakang Pete Sampras dan lima di belakang rekod kemenangan 16 kejuaraan dipegang Roger Federer.


“Ia satu penghormatan, kejohanan ini amat istimewa dan saya menjulang trofi ini sesuatu yang tidak boleh dilupakan, ia mungkin saat paling hebat dalam karier saya,” kata Nadal, yang memerlukan hanya 49 minit semalam untuk melengkapkan kemenangan.


Bagi Djokovic, pemenang lima kejuaraan utama, Wimbledon, Terbuka AS dan Terbuka Australia, ia penamat kepada impiannya menyamai rekod Don Budge (1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969) dengan memegang semua empat gelaran Grand Slam pada satu masa.

Dia kesal kerana melakukan banyak kesilapan yang menjejaskan usahanya itu.


Selepas penangguhan kelmarin, kedua-dua pemain yang bertemu dalam final keempat berturut-turut dalam acara Grand Slam, meneruskan perlawanan dengan Nadal mendahului 6-4, 6-3, 2-6, 1-2.

Djokovic mengaku Nadal bertindak lebih baik .


“Rafa lebih bagus. Dia hebat tapi saya harap kembali tahun depan dan mencapai keputusan lebih baik,” kata pemain Serbia itu yang beraksi pada final pertamanya di Roland Garros. - AFP


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..tenis..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Nadal catat rekod ke-7::
Tuesday, 12 June 2012 | 11:01 | 0 comments

PARIS: Rafael Nadal melakar rekod menjuarai Terbuka Perancis buat kali ketujuh, semalam apabila mengalahkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic 6-4, 6-3, 2-6, 7-5 sekali gus meranapkan impian pemain Serbia itu mencatat sejarah Grand Slam.

Dalam perlawanan akhir yang berlanjutan ke minggu ketiga buat kali kedua kerana hujan, pemain nombor dua dunia dari Sepanyol itu yang beraksi pada final Grand Slam ke-16 turut memegang rekod menakjubkan di Paris dengan 52 kemenangan berbanding sekali kalah.


Kemenangan itu yang diraih berikutan ‘double-fault’ Djokovic, membolehkannya mengatasi rekod enam kejuaraan Terbuka Perancis dikongsi bersama Bjorn Borg.

Ia kejuaraan Grand Slam ke-11 buat pemain berusia 26 tahun itu yang ketinggalan satu kejuaraan di belakang Roy Emerson, tiga di belakang Pete Sampras dan lima di belakang rekod kemenangan 16 kejuaraan dipegang Roger Federer.


“Ia satu penghormatan, kejohanan ini amat istimewa dan saya menjulang trofi ini sesuatu yang tidak boleh dilupakan, ia mungkin saat paling hebat dalam karier saya,” kata Nadal, yang memerlukan hanya 49 minit semalam untuk melengkapkan kemenangan.


Bagi Djokovic, pemenang lima kejuaraan utama, Wimbledon, Terbuka AS dan Terbuka Australia, ia penamat kepada impiannya menyamai rekod Don Budge (1938) dan Rod Laver (1962 dan 1969) dengan memegang semua empat gelaran Grand Slam pada satu masa.

Dia kesal kerana melakukan banyak kesilapan yang menjejaskan usahanya itu.


Selepas penangguhan kelmarin, kedua-dua pemain yang bertemu dalam final keempat berturut-turut dalam acara Grand Slam, meneruskan perlawanan dengan Nadal mendahului 6-4, 6-3, 2-6, 1-2.

Djokovic mengaku Nadal bertindak lebih baik .


“Rafa lebih bagus. Dia hebat tapi saya harap kembali tahun depan dan mencapai keputusan lebih baik,” kata pemain Serbia itu yang beraksi pada final pertamanya di Roland Garros. - AFP


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..tenis..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working