::Malaysia anjur Piala Asia 2013::
Sunday, 3 June 2012 | 14:51 | 0 comments
MALAYSIA menjadi tuan rumah Piala Asia 2013 yang menawarkan tiket ke Piala Dunia 2014.
Keputusan menganugerahkan tugas tuan rumah kepada Malaysia dibuat pada mesyuarat Majlis Persekutuan Hoki Asia (AHF) yang dipengerusikan Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.
Tugas itu sebelum ini diberi kepada Singapura tetapi keputusan itu diubah pada mesyuarat semalam.
“Kami berikan tugas tuan rumah kepada Malaysia dan saya berbesar hati mengumumkan ia akan diadakan di Ipoh tahun depan,” kata Presiden AHF, Sultan Azlan Shah.
“Tarikh belum ditetap memandangkan kami perlu ambil kira penganjuran Piala Sultan Azlan Shah yang diadakan setiap tahun.” Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Dunia adalah pada 2002 apabila menjadi tuan rumah acara itu.
Sebelum itu, Malaysia layak menyertai Piala Dunia Utrecht 1998 selepas berehat 16 tahun dengan penampilan sebelum itu pada 1982 di Bombay.
Turut diumum Akademi AHF-MHC akan dikenali dengan nama Akademi Raja Dato’ Seri Ashaman bagi menghormati pemergian putera kedua Sultan Azlan Shah yang meninggal dunia 30 Mac lalu.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..hoki..