Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Nazmi Ke Beira-Mar::
Wednesday, 23 May 2012 | 15:58 | 0 comments

KEJAYAAN pemain muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Liga Divisyen Satu (Primeira Liga), SC Beira-Mar membuktikan kemampuan dan kemahiran dimiliki pemain tempatan mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.Walaupun belum berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya pada peringkat senior, pemain kelahiran Kuala Lumpur yang akan berusia 18 tahun Ogos ini sudah berjaya memikat hati panel pemilihan dan jurulatih kelab Portugal itu, Ulisses Morais.


Namun pemain yang menjadi tonggak mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011 di hadapan kira-kira 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu hanya akan menandatangani kontrak penuh selama tiga tahun sehingga Jun 2015 pada ulang tahun kelahirannya ke-18.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya sekarang. Ini peluang terbesar dan saya berjaya melakukannya. Beraksi di Eropah impian utama saya. Saya sangat gembira dan bermotivasi untuk permulaan ini,” kata pemain tengah itu.


Tambahnya, dia menyukai kelab itu sejak pertama kali menjejakkan kaki dan mendapati dirinya berada di tempat yang tepat untuk mengembangkan karier di pentas lebih besar.
“Saya diterima baik semua orang namun saya mendapat tunjuk ajar berguna diberikan jurulatih (Ulisses Morais) dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar diberikan amat berguna kepada proses pembelajaran saya. Setiap perkara yang saya lakukan dengan peluang ini adalah untuk menjadi pemain yang lebih baik dan membuatkan negara bangga. Ia keutamaan saya,” katanya.

Bapanya, Mansor Mustapha yang menemani anaknya menjalani ujian pemilihan di kelab itu berkata, terdapat tiga sesi ujian diadakan yang turut membabitkan beberapa pemain lain dari Brazil, Perancis, England, Bukina Faso serta pemain tempatan.“Hanya dia (Nazmi Faiz) yang terpilih kerana mereka berasa dia mempunyai kemahiran diperlukan oleh kelab. Malah anak saya sangat bersemangat mempamerkan kebolehannya di tengah padang kerana menyedari peluang sudah terbuka di depannya,” menurut Mansor yang tiba di tanah air petang semalam.


Lebih menarik, pemain Harimau Muda A itu mendapat pujian daripada rakan sepasukan selepas satu perlawanan persahabatan terutamanya kapten pasukan yang tidak menyangka corak permainan memukau yang dipamerkan Nazmi Faiz berbanding usia mudanya.“Nazmi beraksi bersama pasukan utama dalam perlawanan menentang sebuah kelab Brazil, walaupun tidak menjaringkan gol dia mempamerkan permainan menarik, mencipta peluang kepada rakan sepasukan, melakukan hantaran dan beberapa gerakan yang bagus,” katanya.


Sementara itu ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, kejayaan anak didiknya itu membuktikan usaha menghantar pemain berlatih di Slovakia membuahkan hasil sekali gus menutup mulut pengkritik yang mengatakan ia satu pembaziran.Kemampuan Nazmi Faiz pastinya membuka peluang lebih mudah kepada pemain lain untuk melangkah ke pentas lebih tinggi dengan kemungkinan menyertai kelab-kelab gergasi dunia seperti FC Barcelona dan sebagainya.




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Nazmi Ke Beira-Mar::
Wednesday, 23 May 2012 | 15:58 | 0 comments

KEJAYAAN pemain muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak bersama kelab Liga Divisyen Satu (Primeira Liga), SC Beira-Mar membuktikan kemampuan dan kemahiran dimiliki pemain tempatan mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.Walaupun belum berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya pada peringkat senior, pemain kelahiran Kuala Lumpur yang akan berusia 18 tahun Ogos ini sudah berjaya memikat hati panel pemilihan dan jurulatih kelab Portugal itu, Ulisses Morais.


Namun pemain yang menjadi tonggak mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011 di hadapan kira-kira 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu hanya akan menandatangani kontrak penuh selama tiga tahun sehingga Jun 2015 pada ulang tahun kelahirannya ke-18.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya sekarang. Ini peluang terbesar dan saya berjaya melakukannya. Beraksi di Eropah impian utama saya. Saya sangat gembira dan bermotivasi untuk permulaan ini,” kata pemain tengah itu.


Tambahnya, dia menyukai kelab itu sejak pertama kali menjejakkan kaki dan mendapati dirinya berada di tempat yang tepat untuk mengembangkan karier di pentas lebih besar.
“Saya diterima baik semua orang namun saya mendapat tunjuk ajar berguna diberikan jurulatih (Ulisses Morais) dan kapten pasukan, Hugo. Tunjuk ajar diberikan amat berguna kepada proses pembelajaran saya. Setiap perkara yang saya lakukan dengan peluang ini adalah untuk menjadi pemain yang lebih baik dan membuatkan negara bangga. Ia keutamaan saya,” katanya.

Bapanya, Mansor Mustapha yang menemani anaknya menjalani ujian pemilihan di kelab itu berkata, terdapat tiga sesi ujian diadakan yang turut membabitkan beberapa pemain lain dari Brazil, Perancis, England, Bukina Faso serta pemain tempatan.“Hanya dia (Nazmi Faiz) yang terpilih kerana mereka berasa dia mempunyai kemahiran diperlukan oleh kelab. Malah anak saya sangat bersemangat mempamerkan kebolehannya di tengah padang kerana menyedari peluang sudah terbuka di depannya,” menurut Mansor yang tiba di tanah air petang semalam.


Lebih menarik, pemain Harimau Muda A itu mendapat pujian daripada rakan sepasukan selepas satu perlawanan persahabatan terutamanya kapten pasukan yang tidak menyangka corak permainan memukau yang dipamerkan Nazmi Faiz berbanding usia mudanya.“Nazmi beraksi bersama pasukan utama dalam perlawanan menentang sebuah kelab Brazil, walaupun tidak menjaringkan gol dia mempamerkan permainan menarik, mencipta peluang kepada rakan sepasukan, melakukan hantaran dan beberapa gerakan yang bagus,” katanya.


Sementara itu ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, kejayaan anak didiknya itu membuktikan usaha menghantar pemain berlatih di Slovakia membuahkan hasil sekali gus menutup mulut pengkritik yang mengatakan ia satu pembaziran.Kemampuan Nazmi Faiz pastinya membuka peluang lebih mudah kepada pemain lain untuk melangkah ke pentas lebih tinggi dengan kemungkinan menyertai kelab-kelab gergasi dunia seperti FC Barcelona dan sebagainya.




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working