Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Nazmi diintai kelab Eropah::
Monday, 7 May 2012 | 14:08 | 0 comments

AKSI pemain muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor dalam Liga Singapura (Liga-S) mendapat perhatian ejen pencari bakat yang berpangkalan di negara jiran itu yang berminat untuk membawanya menjalani ujian percubaan dengan salah sebuah kelab ternama di Eropah.

Sebelum ini, pemain perancang tengah Harimau Muda A itu dilaporkan akan dihantar menjalani latihan bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City namun sehingga kini masih belum ada kata putus.


Namun kali ini Nazmi, bintang yang menyinar ketika membantu skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia tahun lalu itu dikhabarkan akan diberi peluang menjalani ujian percubaan dengan bekas kelab pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee bagaimanapun enggan mendedahkan kelab yang dimaksudkan itu namun mengakui rancangan untuk menghantar Nazmi ke luar negara kini dalam perbincangan.


“Memang ada ejen yang berminat untuk membawa Nazmi menjalani latihan di salah sebuah kelab di Eropah namun demi menghormati perbincangan yang sedang diadakan, saya tidak boleh mengumumkan nama kelab itu, biarlah perbincangan ini selesai dulu.


“Bagi saya ini satu perkembangan positif kerana bagi saya pemain muda seperti Nazmi harus mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi,” katanya yang ditemui pada program 'The Chance' anjuran Nike semalam.

Sebelum ini, rakan sepasukan Nazmi, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor turut dipancing kelab Jepun namun masih juga di peringkat perbincangan.


Jika ia menjadi kenyataan, Kim Swee tidak ada masalah untuk melepaskan pemain tonggak Harimau Muda A itu biarpun misi mereka dalam Liga-S masih belum berakhir.

“Pemain-pemain ini perlu pergi jika mendapat peluang kerana apa yang penting mereka boleh kembali ke Malaysia sebelum kita mengharungi kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar Jun ini.


“Kami menang menentang Hougang United (3-1) tanpa pemain kebangsaan, jadi bagi saya tiada masalah untuk pasukan saya biarpun tanpa pemain-pemain ini. Malah saya juga boleh mendaftar pemain baru untuk Liga Singapura apabila tempoh pendaftaran pemain kali kedua dibuka Julai ini,” katanya.


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Nazmi diintai kelab Eropah::
Monday, 7 May 2012 | 14:08 | 0 comments

AKSI pemain muda, Muhamad Nazmi Faiz Mansor dalam Liga Singapura (Liga-S) mendapat perhatian ejen pencari bakat yang berpangkalan di negara jiran itu yang berminat untuk membawanya menjalani ujian percubaan dengan salah sebuah kelab ternama di Eropah.

Sebelum ini, pemain perancang tengah Harimau Muda A itu dilaporkan akan dihantar menjalani latihan bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City namun sehingga kini masih belum ada kata putus.


Namun kali ini Nazmi, bintang yang menyinar ketika membantu skuad bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia tahun lalu itu dikhabarkan akan diberi peluang menjalani ujian percubaan dengan bekas kelab pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee bagaimanapun enggan mendedahkan kelab yang dimaksudkan itu namun mengakui rancangan untuk menghantar Nazmi ke luar negara kini dalam perbincangan.


“Memang ada ejen yang berminat untuk membawa Nazmi menjalani latihan di salah sebuah kelab di Eropah namun demi menghormati perbincangan yang sedang diadakan, saya tidak boleh mengumumkan nama kelab itu, biarlah perbincangan ini selesai dulu.


“Bagi saya ini satu perkembangan positif kerana bagi saya pemain muda seperti Nazmi harus mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi,” katanya yang ditemui pada program 'The Chance' anjuran Nike semalam.

Sebelum ini, rakan sepasukan Nazmi, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor turut dipancing kelab Jepun namun masih juga di peringkat perbincangan.


Jika ia menjadi kenyataan, Kim Swee tidak ada masalah untuk melepaskan pemain tonggak Harimau Muda A itu biarpun misi mereka dalam Liga-S masih belum berakhir.

“Pemain-pemain ini perlu pergi jika mendapat peluang kerana apa yang penting mereka boleh kembali ke Malaysia sebelum kita mengharungi kejohanan kelayakan Piala Asia 2013 di Myanmar Jun ini.


“Kami menang menentang Hougang United (3-1) tanpa pemain kebangsaan, jadi bagi saya tiada masalah untuk pasukan saya biarpun tanpa pemain-pemain ini. Malah saya juga boleh mendaftar pemain baru untuk Liga Singapura apabila tempoh pendaftaran pemain kali kedua dibuka Julai ini,” katanya.


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..bola sepak..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working