Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Kuantan Gah::
Friday, 25 May 2012 | 11:49 | 0 comments

PASUKAN Kuantan muncul juara bagi kategori Bawah 16 dan 12 Kejohanan Hoki 1 Mas Pahang Enam Sepasukan yang berakhir di Stadium Hoki Sukpa, Kuantan, Ahad lalu.

Kejohanan sehari itu disertai 12 pasukan yang terpilih sebagai pusat latihan 1 Mas Pahang membabitkan tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Jerantut.


Tempat kedua kategori Bawah 16 menjadi milik pasukan dari Jerantut manakala tempat ketiga dimenangi Kuantan diikuti Pekan yang menduduki tempat keempat.

Bagi kategori Bawah 12, tempat kedua dimenangi pasukan Pekan ‘A’ diikuti Jerantut dan Kuantan.


Jurulatih skuad Bawah 16 Tahun Kuantan, Mohd Yazid Yunus, berkata latihan yang diadakan secara berterusan iaitu tiga kali seminggu menjadi kelebihan kepada pemainnya untuk membentuk pasukan mantap dan berkualiti berbanding pasukan lain.


Beliau yang turut melatih pasukan SK Sungai Soi, berkata program 1 Mas yang dicetuskan Presiden Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah adalah usaha terbaik untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang boleh dipilih untuk mewakili negeri dan negara suatu hari nanti.

Sementara itu, ketua jurulatih 1 Mas Pahang, Izwan Suhardi Selamat berkata, kini terdapat kira-kira 250 pemain yang mengikuti latihan Bawah 12, 14 dan 16 membabitkan lima pusat 1 Mas di negeri ini.


Menurutnya, kejohanan yang diadakan itu menjadi medan pemilihan pemain yang akan mewakili Pahang ke kejohanan hoki 1 Mas peringkat kebangsaan Bawah 16 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 3 hingga 7 Jun depan.




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..hoki..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Kuantan Gah::
Friday, 25 May 2012 | 11:49 | 0 comments

PASUKAN Kuantan muncul juara bagi kategori Bawah 16 dan 12 Kejohanan Hoki 1 Mas Pahang Enam Sepasukan yang berakhir di Stadium Hoki Sukpa, Kuantan, Ahad lalu.

Kejohanan sehari itu disertai 12 pasukan yang terpilih sebagai pusat latihan 1 Mas Pahang membabitkan tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Jerantut.


Tempat kedua kategori Bawah 16 menjadi milik pasukan dari Jerantut manakala tempat ketiga dimenangi Kuantan diikuti Pekan yang menduduki tempat keempat.

Bagi kategori Bawah 12, tempat kedua dimenangi pasukan Pekan ‘A’ diikuti Jerantut dan Kuantan.


Jurulatih skuad Bawah 16 Tahun Kuantan, Mohd Yazid Yunus, berkata latihan yang diadakan secara berterusan iaitu tiga kali seminggu menjadi kelebihan kepada pemainnya untuk membentuk pasukan mantap dan berkualiti berbanding pasukan lain.


Beliau yang turut melatih pasukan SK Sungai Soi, berkata program 1 Mas yang dicetuskan Presiden Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah adalah usaha terbaik untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang boleh dipilih untuk mewakili negeri dan negara suatu hari nanti.

Sementara itu, ketua jurulatih 1 Mas Pahang, Izwan Suhardi Selamat berkata, kini terdapat kira-kira 250 pemain yang mengikuti latihan Bawah 12, 14 dan 16 membabitkan lima pusat 1 Mas di negeri ini.


Menurutnya, kejohanan yang diadakan itu menjadi medan pemilihan pemain yang akan mewakili Pahang ke kejohanan hoki 1 Mas peringkat kebangsaan Bawah 16 yang akan diadakan di Ipoh, Perak pada 3 hingga 7 Jun depan.




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..hoki..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working