Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Chong Wei kekal juara kali keempat::
Monday, 7 May 2012 | 14:07 | 0 comments

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mengekalkan kejuaraan empat tahun berturut-turut pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Bandaraya, semalam.

Pada perlawanan akhir, Chong Wei menewaskan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro 17-21, 21-8, 21-10 dalam masa 50 minit.


Dalam set pertama, Chong Wei yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kanan dilihat bermain lebih berhati-hati menyebabkan Sony berjaya mengambil kesempatan itu untuk mengalahkannya dengan mata 21-17.

Namun di set kedua dan ketiga Choog Wei kembali bangkit dan menukar rentak perlawanan dengan bermain lebih agresif menyebabkan Sony kelihatan tertekan.


Pemain Indonesia itu dilihat banyak melakukan kesilapan dengan hantaran bulu tangkis separuh gelanggang dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk menundukkan Sony.


Dengan kemenangan itu, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$9,000 (RM30,000) dan Sony membawa pulang US$4,560 (RM15,000).

Hadiah disampaikan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.


Kejohanan kali ini turut menyaksikan monopoli pemain negara apabila turut mencatatkan kemenangan dalam tiga kategori lain. Sebelum itu penyandang juara beregu lelaki kejohanan itu tahun lepas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut berjaya mengekalkan kejuaraan mereka setelah menewaskan pasangan muda negara, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han 21-15, 21-19.

Walaupun cuba diberi saingan di awal permainan namun, pasangan beregu nombor satu negara itu bijak menggunakan pengalaman mereka menundukkan lawan. Beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pula terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan beregu Singapura, Sari Shinta Mulia-Yao Lei 21-18, 21-18 untuk muncul sebagai juara beregu wanita kejohanan itu.


Untuk kategori beregu campuran, walaupun Chan Peng Soon dihimpit masalah kecederaan tangan kanannya, dia bersama pasangan, Goh Liu Ying tetap mempamerkan aksi mantap untuk menewaskan beregu Indonesia Irfan Fadhilah - Weni Anggraini 21-12, 21-14.


Perseorangan wanita dimenangi pemain Thailand, Busanan Ongbumrungpan setelah menewaskan Takashi Sayaka dari Jepun 21-17, 22-20.



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Chong Wei kekal juara kali keempat::
Monday, 7 May 2012 | 14:07 | 0 comments

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mengekalkan kejuaraan empat tahun berturut-turut pada Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Bandaraya, semalam.

Pada perlawanan akhir, Chong Wei menewaskan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro 17-21, 21-8, 21-10 dalam masa 50 minit.


Dalam set pertama, Chong Wei yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kanan dilihat bermain lebih berhati-hati menyebabkan Sony berjaya mengambil kesempatan itu untuk mengalahkannya dengan mata 21-17.

Namun di set kedua dan ketiga Choog Wei kembali bangkit dan menukar rentak perlawanan dengan bermain lebih agresif menyebabkan Sony kelihatan tertekan.


Pemain Indonesia itu dilihat banyak melakukan kesilapan dengan hantaran bulu tangkis separuh gelanggang dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk menundukkan Sony.


Dengan kemenangan itu, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$9,000 (RM30,000) dan Sony membawa pulang US$4,560 (RM15,000).

Hadiah disampaikan oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.


Kejohanan kali ini turut menyaksikan monopoli pemain negara apabila turut mencatatkan kemenangan dalam tiga kategori lain. Sebelum itu penyandang juara beregu lelaki kejohanan itu tahun lepas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut berjaya mengekalkan kejuaraan mereka setelah menewaskan pasangan muda negara, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han 21-15, 21-19.

Walaupun cuba diberi saingan di awal permainan namun, pasangan beregu nombor satu negara itu bijak menggunakan pengalaman mereka menundukkan lawan. Beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pula terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan beregu Singapura, Sari Shinta Mulia-Yao Lei 21-18, 21-18 untuk muncul sebagai juara beregu wanita kejohanan itu.


Untuk kategori beregu campuran, walaupun Chan Peng Soon dihimpit masalah kecederaan tangan kanannya, dia bersama pasangan, Goh Liu Ying tetap mempamerkan aksi mantap untuk menewaskan beregu Indonesia Irfan Fadhilah - Weni Anggraini 21-12, 21-14.


Perseorangan wanita dimenangi pemain Thailand, Busanan Ongbumrungpan setelah menewaskan Takashi Sayaka dari Jepun 21-17, 22-20.



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working