Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
.:Undian Piala Thomas:.
Monday, 16 April 2012 | 13:34 | 0 comments

Peluang skuad Piala Thomas muncul juara kumpulan cerah: Kim Her

“UNDIAN yang baik dan peluang kita untuk muncul juara kumpulan cerah,” demikian nada yakin yang disuarakan ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her mengenai undian pusingan akhir Piala Thomas yang menyaksikan skuad negara diundi sekumpulan dengan gergasi Eropah, Denmark dan Afrika Selatan, semalam.

Kim Her menegaskan skuad negara diterajui Lee Chong Wei dan diletakkan selaku pilihan keenam dijangka tidak berdepan masalah membenam wakil Afrika dalam saingan piala keagungan badminton itu dari 20 hingga 27 Mei di Wuhan China, tetapi akan berdepan ujian sebenar menentang Denmark - perlawanan penentuan juara kumpulan.

“Saya yakin tiket ke suku akhir sudah berada dalam genggaman, tetapi andai kita mahu laluan lebih mudah dan selesa ke separuh akhir, kita tiada pilihan selain mesti menewaskan pilihan ketiga itu (Denmark) untuk muncul juara kumpulan. Jadi, saya akan cuba memastikan dua beregu menyumbang mata penting dalam perlawanan itu,” katanya.

Kali terakhir skuad negara bertemu Denmark adalah di suku akhir dalam edisi 2010 di Kuala Lumpur yang menyaksikan skuad negara menewaskan wakil Eropah itu 3-2 untuk mara ke separuh akhir hasil mata kemenangan yang disumbangkan Hafiz Hashim selepas menundukkan Joachim Persson 21-12, 21-10.

Dalam undian di Pusat Sukan Wuhan, tuan rumah dan juara bertahan, China diundi dalam Kumpulan A bersama-sama naib juara bertahan serta juara 13 kali, Indonesia dengan England melengkapkan kumpulan itu.

Pasukan pilihan keempat, Jepun diletakkan dalam Kumpulan B bersama Russia dan New Zealand manakala naib juara 2008 dan juga pilihan kedua, Korea Selatan mengetuai Kumpulan D bersama naib juara 1952, Amerika Syarikat dan Jerman.
Berdasarkan format pertandingan, undian suku akhir akan diadakan sebaik tamat saingan peringkat kumpulan dengan setiap juara kumpulan akan diletakkan sebagai pasukan pilihan dan lawan mereka adalah pasukan yang muncul naib juara kumpulan yang akan ditentukan menerusi cabutan undian.

Skuad negara layak beraksi di pusingan akhir itu selepas mara ke separuh akhir dalam pusingan kelayakan Zon Asia yang diadakan di Macau pada 13-19 Februari lalu.

INFO

Undian Piala Thomas

Kumpulan A: China, Indonesia, England
Kumpulan B: Jepun, Russia, New Zealand
Kumpulan C: Denmark, MALAYSIA, Afrika Selatan
Kumpulan D: Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat


Undian Piala Uber

Kumpulan A: China, Indonesia, Afrika Selatan
Kumpulan B: Taiwan, Thailand, Belanda
Kumpulan C: Korea Selatan, Jerman, Australia
Kumpulan D: Jepun, Denmark, Amerika Syarikat



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
.:Undian Piala Thomas:.
Monday, 16 April 2012 | 13:34 | 0 comments

Peluang skuad Piala Thomas muncul juara kumpulan cerah: Kim Her

“UNDIAN yang baik dan peluang kita untuk muncul juara kumpulan cerah,” demikian nada yakin yang disuarakan ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her mengenai undian pusingan akhir Piala Thomas yang menyaksikan skuad negara diundi sekumpulan dengan gergasi Eropah, Denmark dan Afrika Selatan, semalam.

Kim Her menegaskan skuad negara diterajui Lee Chong Wei dan diletakkan selaku pilihan keenam dijangka tidak berdepan masalah membenam wakil Afrika dalam saingan piala keagungan badminton itu dari 20 hingga 27 Mei di Wuhan China, tetapi akan berdepan ujian sebenar menentang Denmark - perlawanan penentuan juara kumpulan.

“Saya yakin tiket ke suku akhir sudah berada dalam genggaman, tetapi andai kita mahu laluan lebih mudah dan selesa ke separuh akhir, kita tiada pilihan selain mesti menewaskan pilihan ketiga itu (Denmark) untuk muncul juara kumpulan. Jadi, saya akan cuba memastikan dua beregu menyumbang mata penting dalam perlawanan itu,” katanya.

Kali terakhir skuad negara bertemu Denmark adalah di suku akhir dalam edisi 2010 di Kuala Lumpur yang menyaksikan skuad negara menewaskan wakil Eropah itu 3-2 untuk mara ke separuh akhir hasil mata kemenangan yang disumbangkan Hafiz Hashim selepas menundukkan Joachim Persson 21-12, 21-10.

Dalam undian di Pusat Sukan Wuhan, tuan rumah dan juara bertahan, China diundi dalam Kumpulan A bersama-sama naib juara bertahan serta juara 13 kali, Indonesia dengan England melengkapkan kumpulan itu.

Pasukan pilihan keempat, Jepun diletakkan dalam Kumpulan B bersama Russia dan New Zealand manakala naib juara 2008 dan juga pilihan kedua, Korea Selatan mengetuai Kumpulan D bersama naib juara 1952, Amerika Syarikat dan Jerman.
Berdasarkan format pertandingan, undian suku akhir akan diadakan sebaik tamat saingan peringkat kumpulan dengan setiap juara kumpulan akan diletakkan sebagai pasukan pilihan dan lawan mereka adalah pasukan yang muncul naib juara kumpulan yang akan ditentukan menerusi cabutan undian.

Skuad negara layak beraksi di pusingan akhir itu selepas mara ke separuh akhir dalam pusingan kelayakan Zon Asia yang diadakan di Macau pada 13-19 Februari lalu.

INFO

Undian Piala Thomas

Kumpulan A: China, Indonesia, England
Kumpulan B: Jepun, Russia, New Zealand
Kumpulan C: Denmark, MALAYSIA, Afrika Selatan
Kumpulan D: Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat


Undian Piala Uber

Kumpulan A: China, Indonesia, Afrika Selatan
Kumpulan B: Taiwan, Thailand, Belanda
Kumpulan C: Korea Selatan, Jerman, Australia
Kumpulan D: Jepun, Denmark, Amerika Syarikat



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working