.:Piala Thomas:.
Wednesday, 4 April 2012 | 22:23 | 0 comments
2012/04/04
WALAUPUN tidak beraksi dalam kejohanan berpasukan termahal dunia - Piala Axiata - tetapi jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei akan tetap mengetuai cabaran skuad negara menghadapi pusingan akhir Piala Thomas di China, bulan depan.
Jurulatihnya, Tey Seu Bock berkata, kecuali kecederaan pemain nombor satu dunia itu tetap akan beraksi di Wuhan walaupun Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu penyertaan dikaji semula susulan kecederaan bahu kanannya di Seluruh England bulan lalu. “Wajar atau tidak keputusan kita tidak menyenaraikan Chong Wei beraksi dalam Piala Axiata bukan persoalan kerana apa yang penting kita tidak mahu mengambil risiko kerana dia baru pulih daripada kecederaan bahu.
“Namun, semua sudah kembali normal dengan dia sudah berlatih seperti biasa.
Lagi pun, Piala Thomas sebulan lebih lagi, jadi saya tidak nampak sebarang sebab mengapa dia tidak boleh beraksi kecuali dia cedera semula,” katanya sejurus latihan di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.
Seu Bock berkata, adalah janggal apabila semua pemain terbaik dan seluruh peminat badminton dunia memfokuskan tumpuan kepada kejohanan berprestij itu tetapi Chong Wei memilih mengetepikannya sedangkan skuad negara layak beraksi selepas melepasi halangan berduri pada pusingan kelayakan di Macau Februari lalu.
“Kita sudah tetapkan Piala Thomas dari 20 hingga 27 Mei depan adalah sebahagian daripada program Road To London untuk Chong Wei sertai selain tiga lagi kejohanan terakhir termasuk Terbuka India (24-29 April), Grand Prix GP) Emas Terbuka Malaysia (1-6 Mei) dan Terbuka Indonesia (12-17 Jun).
“Jadi, kita harap keempat-empat kejohanan terakhir itu membuatkan dia lebih bersedia dan berada di kemuncak prestasi untuk menghadapi misi lebih penting di Sukan Olimpik (27 Julai-12 Ogos),” kata Seu Bock.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..badminton..