Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Harapan Skuad Hoki Wanita::
Wednesday, 25 April 2012 | 10:21 | 0 comments

MISI pertama skuad hoki wanita negara pada kempen kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun bermula hari ini apabila bakal turun berdepan Azerbaijan dengan hanya satu tiket menanti pemenang untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Tidak diletakkan harapan besar untuk layak ke London, ketua jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bagaimanapun enggan memikirkannya, sebaliknya menuntut pemain supaya mencatat kemenangan pertama bertemu lawan yang menduduki ranking ke-15 dunia sebelum berdepan tugas getir bertemu tuan rumah yang menjadi pilihan utama pada kempen kelayakan kali ini.


“Sejak kali pertama menjejak kaki di bumi Jepun, kami sudah mula rasa bahang kempen kelayakan ini kerana berbeza dengan sebelum ini, seolah-olah kami memikul tugas berat untuk membuktikan skuad kali ini mampu mencipta kejutan.

“Ia pasti menjanjikan saingan sengit, terutama apabila bakal berdepan Jepun pada perlawanan kedua. Saya tidak nafikan mereka adalah pasukan pilihan.


“Apapun, kami perlu menumpukan kepada setiap perlawanan terlebih dulu sebelum memikirkan perkara lain dan halangan pertama pastinya daripada Azerbaijan.


“Mereka pasukan yang bagus tapi tidak bermakna kami tidak mampu menewaskan mereka kerana kali terakhir bertemu lawan sama, kami berjaya mencatat kemenangan,” katanya.

Selain Azerbaijan dan Jepun, skuad negara yang menduduki ranking ke-23 akan bertemu Belarus pada 29 April, Chile (1 Mei) dan Austria, 3 Mei.


Berdasarkan ranking semasa, harapan skuad negara untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu tampak sudah tertutup lebih awal kerana diletakkan bersama lawan yang menduduki ranking lebih tinggi berbanding mereka kecuali Austria yang menduduki ranking ke-29.

Namun ia sama sekali tidak menjadi penilaian utama Nasihin yang menyatakan tidak mustahil untuk skuad negara melakukan kejutan sekali gus layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama.


Selepas skuad lelaki negara gagal pada misi kelayakan di Dublin, Ireland bulan lalu, kini skuad hoki wanita negara menjadi sandaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk mengikut jejak langkah 19 lagi atlet yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik London, Julai depan.


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..hoki..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Harapan Skuad Hoki Wanita::
Wednesday, 25 April 2012 | 10:21 | 0 comments

MISI pertama skuad hoki wanita negara pada kempen kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun bermula hari ini apabila bakal turun berdepan Azerbaijan dengan hanya satu tiket menanti pemenang untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Tidak diletakkan harapan besar untuk layak ke London, ketua jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim bagaimanapun enggan memikirkannya, sebaliknya menuntut pemain supaya mencatat kemenangan pertama bertemu lawan yang menduduki ranking ke-15 dunia sebelum berdepan tugas getir bertemu tuan rumah yang menjadi pilihan utama pada kempen kelayakan kali ini.


“Sejak kali pertama menjejak kaki di bumi Jepun, kami sudah mula rasa bahang kempen kelayakan ini kerana berbeza dengan sebelum ini, seolah-olah kami memikul tugas berat untuk membuktikan skuad kali ini mampu mencipta kejutan.

“Ia pasti menjanjikan saingan sengit, terutama apabila bakal berdepan Jepun pada perlawanan kedua. Saya tidak nafikan mereka adalah pasukan pilihan.


“Apapun, kami perlu menumpukan kepada setiap perlawanan terlebih dulu sebelum memikirkan perkara lain dan halangan pertama pastinya daripada Azerbaijan.


“Mereka pasukan yang bagus tapi tidak bermakna kami tidak mampu menewaskan mereka kerana kali terakhir bertemu lawan sama, kami berjaya mencatat kemenangan,” katanya.

Selain Azerbaijan dan Jepun, skuad negara yang menduduki ranking ke-23 akan bertemu Belarus pada 29 April, Chile (1 Mei) dan Austria, 3 Mei.


Berdasarkan ranking semasa, harapan skuad negara untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu tampak sudah tertutup lebih awal kerana diletakkan bersama lawan yang menduduki ranking lebih tinggi berbanding mereka kecuali Austria yang menduduki ranking ke-29.

Namun ia sama sekali tidak menjadi penilaian utama Nasihin yang menyatakan tidak mustahil untuk skuad negara melakukan kejutan sekali gus layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama.


Selepas skuad lelaki negara gagal pada misi kelayakan di Dublin, Ireland bulan lalu, kini skuad hoki wanita negara menjadi sandaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk mengikut jejak langkah 19 lagi atlet yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik London, Julai depan.


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..hoki..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working