Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Aset Negara::
Tuesday, 3 April 2012 | 11:44 | 0 comments

Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2012/04/03


RAMDAN antara ‘tiga serangkai’ Malaysia Leopards yang menyerlah dalan saingan Piala Axiata, minggu lalu.
‘Tiga serangkai’ Leopards adalah prospek masa depan badminton negara

TUNGGU apa lagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan KLRC! Andai berpandu kepada persembahan dan prestasi di kejohanan berpasukan termahal dunia - Piala Axiata - pasti ramai setuju ‘tiga serangkai’ Malaysia Leopards - Misbun Ramdan Misbun dan Iskandar Zulkarnain dari BAM dan Zulfadli Zulkifli (KLRC) - adalah prospek masa depan badminton negara.

Jadi, ini adalah masanya untuk BAM dan KLRC ‘terus melabur’ dengan mendedahkan ketiga-tiga pemain itu dalam pertandingan sikit antarabangsa bertaraf tinggi bagi membolehkan menimba lebih banyak pengalaman selain mematangkan permainan mereka.

Pada masa sama, Ramdan, 21, Zulfadli, 19 dan Iskandar, 21, diingatkan terus bekerja keras dalam latihan bagi memastikan sentuhan dan pergerakan mereka lebih pantas serta konsisten yang menjadi tuntutan dalam sistem permainan kiraan 21 mata.

“Bagi saya, tidak syak lagi ketiga-tiga pemain terbabit adalah prospek masa depan Malaysia. Kita tiada lagi pemain lain selain mereka untuk disandarkan harapan dalam memastikan nama Malaysia terus menjadi sebutan.

“Hanya waktu yang menjadi penentu sama ada cepat atau lambat mereka menyinar. Ia bergantung sejauh mana mereka sanggup bekerja keras dan mengekalkan disiplin dalam latihan bagi memajukan diri masing-masing,” kata jurulatih skuad pelapis, Hendrawan.
Hendrawan yang memenangi kejuaraan dunia 2001 mengakui antara faktor yang boleh mempercepatkan proses kematangan anak didiknya itu adalah dengan terus memberi pendedahan kepada mereka beraksi di persada antarabangsa dengan menentang pemain ternama dunia.

“Saya berpuas hati dengan prestasi mereka di Piala Axiata, tetapi jika kita mahu melihat ketiga-tiga pemain itu lebih cepat matang dan menguasai dunia, mereka perlu dihantar menyertai lebih banyak kejohanan,” katanya.


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Aset Negara::
Tuesday, 3 April 2012 | 11:44 | 0 comments

Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2012/04/03


RAMDAN antara ‘tiga serangkai’ Malaysia Leopards yang menyerlah dalan saingan Piala Axiata, minggu lalu.
‘Tiga serangkai’ Leopards adalah prospek masa depan badminton negara

TUNGGU apa lagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan KLRC! Andai berpandu kepada persembahan dan prestasi di kejohanan berpasukan termahal dunia - Piala Axiata - pasti ramai setuju ‘tiga serangkai’ Malaysia Leopards - Misbun Ramdan Misbun dan Iskandar Zulkarnain dari BAM dan Zulfadli Zulkifli (KLRC) - adalah prospek masa depan badminton negara.

Jadi, ini adalah masanya untuk BAM dan KLRC ‘terus melabur’ dengan mendedahkan ketiga-tiga pemain itu dalam pertandingan sikit antarabangsa bertaraf tinggi bagi membolehkan menimba lebih banyak pengalaman selain mematangkan permainan mereka.

Pada masa sama, Ramdan, 21, Zulfadli, 19 dan Iskandar, 21, diingatkan terus bekerja keras dalam latihan bagi memastikan sentuhan dan pergerakan mereka lebih pantas serta konsisten yang menjadi tuntutan dalam sistem permainan kiraan 21 mata.

“Bagi saya, tidak syak lagi ketiga-tiga pemain terbabit adalah prospek masa depan Malaysia. Kita tiada lagi pemain lain selain mereka untuk disandarkan harapan dalam memastikan nama Malaysia terus menjadi sebutan.

“Hanya waktu yang menjadi penentu sama ada cepat atau lambat mereka menyinar. Ia bergantung sejauh mana mereka sanggup bekerja keras dan mengekalkan disiplin dalam latihan bagi memajukan diri masing-masing,” kata jurulatih skuad pelapis, Hendrawan.
Hendrawan yang memenangi kejuaraan dunia 2001 mengakui antara faktor yang boleh mempercepatkan proses kematangan anak didiknya itu adalah dengan terus memberi pendedahan kepada mereka beraksi di persada antarabangsa dengan menentang pemain ternama dunia.

“Saya berpuas hati dengan prestasi mereka di Piala Axiata, tetapi jika kita mahu melihat ketiga-tiga pemain itu lebih cepat matang dan menguasai dunia, mereka perlu dihantar menyertai lebih banyak kejohanan,” katanya.


.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working