::Jose Serpa Juara Keseluruhan LTDL 2012::
Monday, 5 March 2012 | 12:16 | 0 comments
Jose Serpa mengucuo trofi yang dimenanginya
Guardini cipta sejarah pelumba terbanyak menang peringkat perlumbaan
SEPERTI jangkaan, pakar pendaki Colombia Jose Serpa merangkul kejayaan keseluruhan dalam Le Tour de Langkawi 2012 (LTdL) 2012, namun pakar pecut Itali Andrea Guardini mencuri tumpuan apabila mencipta sejarah sebagai pelumba terbanyak memenangi peringkat perlumbaan pada edisi ke-17 ini.
Dalam perlumbaan 10 hari yang melabuhkan tirainya di Kuala Terengganu semalam, Guardini yang mewakili Farnese Vini menutup perlumbaan dengan kejayaan rekod peringkat ke-11 untuk dirinya selepas memadam rekod lama pelumba Australia, Graeme Brown yang mengumpul sembilan kemenangan.
“Saya gembira muncul pelumba pertama memenangi enam peringkat perlumbaan dalam satu edisi. Ini adalah kemenangan menakjubkan selepas saya tidak memenangi dalam tiga perlumbaan sebelum ke sini,” katanya yang turut membawa pulang jersi biru dengan mengumpul 94 mata.
Pelumba yang turut melakar sejarah kemenangan apabila memenangi setiap peringkat penamat dalam kelompok besar tahun ini, memperoleh kemenangan peringkat terakhir dari Tasik Kenyir sebelum melalui enam pusingan mengelilingi Kuala Terengganu sejauh 114.8 kilometer dengan catatan 2 jam 36 minit 42 saat.
Serpa yang mewakili pasukan Andrioni Giacotolli, membawa pulang piala pusingan LTdL yang baru diperkenalkan tahun ini, sekali gus memenangi kejayaan keduanya menyarung jersi kuning selepas memenanginya pada LTdL 2009.
Pelumba yang turut memenangi saingan Raja Bukit itu mencatatkan keseluruhan 32 jam 55.31s mengatasi rakan sepasukannya, Jose Rujano yang juga juara keseluruhan LTdL 2010 dengan perbezaan 30 saat.
“Kejayaan ini penting bagi saya dan pasukan. Kami akan pulang ke Itali malam ini (semalam) dan selepas ini, sasaran utama saya adalah memenangi Giro d’Italia (Mei ini),” kata pelumba 33 tahun itu yang turut mencatat sejarah tersendiri apabila menyamai rekod Paolo Lanfranchi memenangi gelaran keseluruhan dua kali.
LTdL tahun ini turut menyaksikan buat pertama kalinya pelumba ProTour pasukan Astana, Alexandre Dyachenko dinobatkan Pelumba Terbaik Asia dalam penyertaan sulung pasukan itu bagi mengatasi penguasaan pelumba Iran.
KEPUTUSAN
Peringkat 10 (Kenyir-Kuala Terengganu)
1 Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini 2 jam 36 minit 42 saat
2 Jacobe Keough (AS) United Healthcare 2:36.42s
3 Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 2:36.42s
4 Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling 2:36.42s
5 Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 2:36.42s
6 Christian Delle Stelle (ITA) Colnago CSF Inox 2:36.42s
7 Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical 2:36.42s
8 Robert Forster (GER) United Healthcare 2:36.45s
9 Matteo Pelucchi (ITA) Team Europcar 2:36.45s
10 Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 2:36.45s
Individu Keseluruhan
1 Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 32 jam 55 minit 31 saat
2 Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli +30s
3 Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross +1:03s
Raja Pecut
1 Andrea Guardini (Farnese Vini) 94 mata
2 Valentin Iglinskiy (Astana) 85
3 Jacobe Keough (United Healthcare) 79
Raja Bukit
1 Jose Serpa (Androni) 27 mata
2 Matteo Rabottini (Farnese) 24
3 Jose Rujano (Androni) 24
Pelumba Terbaik Asia
1 Alexandre Dyachenko (Astana) 32 jam 57 minit 51 saat
2 Ghader Mizbani (Tabriz) +2:03s
3 Andrey Zeits (Astana) +2:08s
Berpasukan Keseluruhan
1 Androni Giocattoli 98 jam 50 minit 34 saat
2 Astana Pro Team +12:03s
3 MTN Qhubeka +13:36s
...16 MALAYSIA +43:17s
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..basikal..