Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Chong Wei Dijangka Pulih::
Wednesday, 14 March 2012 | 01:01 | 0 comments


2012/03/13


KUALA LUMPUR: Kecederaan bahu yang dialami jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka pulih sepenuhnya dalam tiga hingga lima minggu sebelum Kejohanan Piala Thomas, Mei ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz, berkata Chong Wei bagaimanapun masih perlu menjalani pemeriksaan lanjut apabila beliau pulang ke tanah air kelak.

Chong Wei dijangka pulang ke tanah air Jumaat ini.
"Masa untuk pulih, melihat situasi sekarang dijangka antara tiga hingga lima minggu. Gambaran yang lebih jelas (dapat diketahui) selepas imbasan dan pemeriksaan semula apabila beliau pulang," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahad lalu, pemain nombor satu dunia itu menarik diri daripada perlawanan akhir kejohanan Seluruh England kerana kesakitan di bahagian bahu.

Tindakan beliau memberi kemenangan kepada lawannya Lin Dan dari China yang juga juga musuh tradisi perseorangan negara itu.

Dr Ramlan berkata, Chong Wei yang kini berada di Switzerland, buat masa ini menjalani rawatan fisioterapi daripada pakar fisio ISN yng mengiringinya untuk mengurangkan kesakitan dan sedikit kekejangan.
Katanya, beliau akan terus memantau kemajuan rawatan dan pemulihan atlet negara itu menjelang Kejohanan Piala Thomas pada 20 hingga 27 Mei ini di Wuhan, China.

"Apabila sampai masanya saya akan nasihatkan jurulatih mengenai keadaan beliau," katanya.

Sebagai pemain perseorangan Nombor Satu negara, Chong Wei dilihat sebagai teraju utama yang akan membantu pasukan Malaysia pada kejohanan berprestij itu. - BERNAMA




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Chong Wei Dijangka Pulih::
Wednesday, 14 March 2012 | 01:01 | 0 comments


2012/03/13


KUALA LUMPUR: Kecederaan bahu yang dialami jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka pulih sepenuhnya dalam tiga hingga lima minggu sebelum Kejohanan Piala Thomas, Mei ini.

Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz, berkata Chong Wei bagaimanapun masih perlu menjalani pemeriksaan lanjut apabila beliau pulang ke tanah air kelak.

Chong Wei dijangka pulang ke tanah air Jumaat ini.
"Masa untuk pulih, melihat situasi sekarang dijangka antara tiga hingga lima minggu. Gambaran yang lebih jelas (dapat diketahui) selepas imbasan dan pemeriksaan semula apabila beliau pulang," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahad lalu, pemain nombor satu dunia itu menarik diri daripada perlawanan akhir kejohanan Seluruh England kerana kesakitan di bahagian bahu.

Tindakan beliau memberi kemenangan kepada lawannya Lin Dan dari China yang juga juga musuh tradisi perseorangan negara itu.

Dr Ramlan berkata, Chong Wei yang kini berada di Switzerland, buat masa ini menjalani rawatan fisioterapi daripada pakar fisio ISN yng mengiringinya untuk mengurangkan kesakitan dan sedikit kekejangan.
Katanya, beliau akan terus memantau kemajuan rawatan dan pemulihan atlet negara itu menjelang Kejohanan Piala Thomas pada 20 hingga 27 Mei ini di Wuhan, China.

"Apabila sampai masanya saya akan nasihatkan jurulatih mengenai keadaan beliau," katanya.

Sebagai pemain perseorangan Nombor Satu negara, Chong Wei dilihat sebagai teraju utama yang akan membantu pasukan Malaysia pada kejohanan berprestij itu. - BERNAMA




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working