Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Button Takluk Australia::
Monday, 19 March 2012 | 22:58 | 0 comments

2012/03/19



MELBOURNE: Pemandu McLaren, Jenson Button memenangi Grand Prix (GP) Australia dalam perlumbaan pembuka tirai musim yang mendebarkan semalam, dengan mengatasi juara bertahan dua kali Sebastian Vettel di tempat kedua.

Pemandu berusia 32 tahun itu memulakan perlumbaan di petak kedua jelas memanfaatkan kesilapan rakan sepasukan Lewis Hamilton yang bermula lewat di petak utama untuk mendahului di selekoh pertama, dan mengekalkan kedudukan itu hingga tamat saingan.

Hamilton, yang bergelut pada permulaan perlumbaan menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Vettel yang memandu Red Bull, yang berjaya menduduki tempat kedua selepas bermula di petak keenam.

Kejayaan Vettel – dibantu oleh ‘campur tangan’ kereta keselamatan yang masuk tepat pada masanya, sekali gus memperlihatkan betapa cabaran dia dan pasukannya tidak boleh dipandang mudah dan membayangkan persaingan sengit kejuaraan antara mereka dengan McLaren.

“Kemenangan ini adalah permulaan yang baik dan ia menunjukkan bagaimana kerja keras kami pada musim sejuk berbaloi,” kata Button. “Ia permulaan baik tahun ini buat saya dan pasukan.”

Ia adalah kemenangan kali ketiga juara dunia 2009 itu dalam tempoh empat tahun di GP Australia, dan ke-13 dalam kariernya.

Jaguh tempatan, Mark Webber menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat keempat iaitu pencapaian terbaiknya bersama Red Bull di laman sendiri.
Juara dua kali, Fernando Alonso dari Ferrari menduduki tempat kelima selepas bermula di petak ke-12, berikutan prestasi mengecewakan di ujian masa kelmarin, di depan pemandu Jepun, Kamui Kobayahsi dari Sauber. – AFP

KEPUTUSAN

1 Jenson Button (Britain) McLaren-Mercedes (1 jam 34 minit 09.565 saat)
2 Sebastian Vettel (Jerman) Red Bull-Renault (Ketinggalan 2.1s)
3 Lewis Hamilton (Britain) McLaren-Mercedes (Ketinggalan 4.0s)
4 Mark Webber (Australia) Red Bull-Renault (Ketinggalan 4.5s)
5 Fernando Alonso (Sepanyol) Ferrari (Ketinggalan 21.5s)
6 Kamui Kobayashi (Jepun) Sauber-Ferrari (Ketinggalan 36.7s)
7 Kimi Raikkonen (Finland) Lotus-Renault (Ketinggalan 38.0s)
8 Sergio Perez (Mexico) Sauber-Ferrari (Ketinggalan 39.4s)
9 Daniel Ricciardo (Australia) Toro Rosso-Ferrari (Ketinggalan 39.5s)
10 Paul di Resta (Britain) Force India-Mercedes (Ketinggalan 39.7s)



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..formula 1..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Button Takluk Australia::
Monday, 19 March 2012 | 22:58 | 0 comments

2012/03/19



MELBOURNE: Pemandu McLaren, Jenson Button memenangi Grand Prix (GP) Australia dalam perlumbaan pembuka tirai musim yang mendebarkan semalam, dengan mengatasi juara bertahan dua kali Sebastian Vettel di tempat kedua.

Pemandu berusia 32 tahun itu memulakan perlumbaan di petak kedua jelas memanfaatkan kesilapan rakan sepasukan Lewis Hamilton yang bermula lewat di petak utama untuk mendahului di selekoh pertama, dan mengekalkan kedudukan itu hingga tamat saingan.

Hamilton, yang bergelut pada permulaan perlumbaan menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang Vettel yang memandu Red Bull, yang berjaya menduduki tempat kedua selepas bermula di petak keenam.

Kejayaan Vettel – dibantu oleh ‘campur tangan’ kereta keselamatan yang masuk tepat pada masanya, sekali gus memperlihatkan betapa cabaran dia dan pasukannya tidak boleh dipandang mudah dan membayangkan persaingan sengit kejuaraan antara mereka dengan McLaren.

“Kemenangan ini adalah permulaan yang baik dan ia menunjukkan bagaimana kerja keras kami pada musim sejuk berbaloi,” kata Button. “Ia permulaan baik tahun ini buat saya dan pasukan.”

Ia adalah kemenangan kali ketiga juara dunia 2009 itu dalam tempoh empat tahun di GP Australia, dan ke-13 dalam kariernya.

Jaguh tempatan, Mark Webber menamatkan perlumbaan dengan menduduki tempat keempat iaitu pencapaian terbaiknya bersama Red Bull di laman sendiri.
Juara dua kali, Fernando Alonso dari Ferrari menduduki tempat kelima selepas bermula di petak ke-12, berikutan prestasi mengecewakan di ujian masa kelmarin, di depan pemandu Jepun, Kamui Kobayahsi dari Sauber. – AFP

KEPUTUSAN

1 Jenson Button (Britain) McLaren-Mercedes (1 jam 34 minit 09.565 saat)
2 Sebastian Vettel (Jerman) Red Bull-Renault (Ketinggalan 2.1s)
3 Lewis Hamilton (Britain) McLaren-Mercedes (Ketinggalan 4.0s)
4 Mark Webber (Australia) Red Bull-Renault (Ketinggalan 4.5s)
5 Fernando Alonso (Sepanyol) Ferrari (Ketinggalan 21.5s)
6 Kamui Kobayashi (Jepun) Sauber-Ferrari (Ketinggalan 36.7s)
7 Kimi Raikkonen (Finland) Lotus-Renault (Ketinggalan 38.0s)
8 Sergio Perez (Mexico) Sauber-Ferrari (Ketinggalan 39.4s)
9 Daniel Ricciardo (Australia) Toro Rosso-Ferrari (Ketinggalan 39.5s)
10 Paul di Resta (Britain) Force India-Mercedes (Ketinggalan 39.7s)



.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..formula 1..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working