::Sukan Berbasikal Layak Ke Olimpik::
Wednesday, 7 December 2011 | 15:00 | 0 comments
SENARAI pendek enam pelumba yang bakal merebut slot dua tiket berkayuh dalam acara lepas beramai-ramai elit lelaki di Sukan Olimpik 2012 di London tahun depan, sudah dikenal pasti dan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Lebuhraya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) untuk diluluskan.Presiden MNCF, Abu Samah Abd Wahab menegaskan nama enam pelumba yang menerima penghormatan istimewa untuk ke London 2012 itu adalah Mohd Harrif Salleh, Mohd Zamri Salleh Mohd Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Anuar Manan dan Ng Yong Li.
“Senarai nama enam pelumba ini besar kemungkinan akan dibincang dalam mesyuarat Exco pada 12 Disember ini sebagai satu pemberitahuan. MNCF sangat berbangga kerana akhirnya berjaya menyertai acara lebuh raya Sukan Olimpik secara merit,” katanya.
Abu Samah yang juga Naib Presiden Persekutuan Berbasikal Asia (ACC), merumuskan belanjawan geran pembangunan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjumlah RM6.7 juta yang dihulur kepada MNCF sejak 2007 kini berjaya menepati sasaran dan dianggap satu `pelaburan berbaloi’.
“Pelaburan itu merangkumi perbelanjaan pembangunan skuad lebuh raya negara untuk menyertai seberapa banyak perlumbaan dan sesi latihan di dalam serta luar negara termasuk untuk menyertai Le Tour de Langkawi. Tujuannya akhirnya juga ialah untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Sasaran kita sebenarnya Sukan Olimpik 2016. Tetapi kita berjaya lebih awal empat tahun daripada sasaran ditetapkan,” katanya.
Malaysia layak secara merit untuk menyertai acara lepas beramai-ramai di London bersama Jepun, Uzbekistan dan Kazakhstan sekali gus menceriakan arena sukan berbasikal negara yang kali terakhir beraksi pada temasya sukan terbesar di dunia sejak 20 tahun lalu.
.:Bersukan Kerana Allah:.
Labels: ..artikel.., ..basikal..