Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Chong Wei Pemain Terbaik Dunia::
Wednesday, 7 December 2011 | 14:57 | 0 comments
PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima undi tertinggi daripada peminat sukan berkenaan dalam tinjauan ‘siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2011.’

Pemain nombor satu dunia itu mengatasi musuh ketatnya dari China, Lin Dan, sebanyak 12 peratus dalam undian secara online yang dianjurkan BWF menerusi laman sesawang rasminya www.bwfbadminton.org dan platform media sosial Twitter, Weibo dan Facebook.

Menurut BWF menerusi laman sesawangnya semalam, Chong Wei meraih 34 peratus undi, Lin Dan (22 peratus), pasangan beregu Cai Yun/Fu Haifeng dari China (16 peratus) dan beregu dari Korea Selatan Lee Yong-dae/Jung Jae-sung (14 peratus).

“Undian peminat ini terbukti menjadi ‘dendam yang manis’ buat Lee Chong Wei, yang berada di tempat keempat dalam undian itu pada 4 petang (waktu tempatan semalam), manakala Lin Dan pula menjadi pendahulu.

“Chong Wei akhirnya menduduki tempat teratas sebagai pilihan peminat, setelah beliau mengetepikan Juara Dunia empat kali itu dengan 12 peratus undian,” kata kenyataan itu.

Peminat badminton di seluruh dunia diberi peluang untuk mengundi selama 24 jam bermula 8 malam pada 4 Disember lalu.

Keputusan undian peminat akan dikongsi bersama dengan Majlis BWF, yang ketika ini mengadakan mesyuarat di Queenstown, New Zealand dan akan membuat keputusan akhir mengenai pemenangnya.




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Chong Wei Pemain Terbaik Dunia::
Wednesday, 7 December 2011 | 14:57 | 0 comments
PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima undi tertinggi daripada peminat sukan berkenaan dalam tinjauan ‘siapa yang mereka inginkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2011.’

Pemain nombor satu dunia itu mengatasi musuh ketatnya dari China, Lin Dan, sebanyak 12 peratus dalam undian secara online yang dianjurkan BWF menerusi laman sesawang rasminya www.bwfbadminton.org dan platform media sosial Twitter, Weibo dan Facebook.

Menurut BWF menerusi laman sesawangnya semalam, Chong Wei meraih 34 peratus undi, Lin Dan (22 peratus), pasangan beregu Cai Yun/Fu Haifeng dari China (16 peratus) dan beregu dari Korea Selatan Lee Yong-dae/Jung Jae-sung (14 peratus).

“Undian peminat ini terbukti menjadi ‘dendam yang manis’ buat Lee Chong Wei, yang berada di tempat keempat dalam undian itu pada 4 petang (waktu tempatan semalam), manakala Lin Dan pula menjadi pendahulu.

“Chong Wei akhirnya menduduki tempat teratas sebagai pilihan peminat, setelah beliau mengetepikan Juara Dunia empat kali itu dengan 12 peratus undian,” kata kenyataan itu.

Peminat badminton di seluruh dunia diberi peluang untuk mengundi selama 24 jam bermula 8 malam pada 4 Disember lalu.

Keputusan undian peminat akan dikongsi bersama dengan Majlis BWF, yang ketika ini mengadakan mesyuarat di Queenstown, New Zealand dan akan membuat keputusan akhir mengenai pemenangnya.




.:Bersukan Kerana Allah:.

Labels: ..artikel.., ..badminton..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working