Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Pingat terakhir::
Wednesday, 24 August 2011 | 03:28 | 0 comments
Acara berpasukan wanita sumbang pingat ketiga kontinjen negara

GANGSA menutup tirai pungutan pingat kontinjen negara di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 Shenzhen menerusi acara terjun berpasukan wanita, semalam.

Selepas cemerlang menghadiahkan perak dan gangsa sebelum ini, catatan dikumpul kesemua penerjun wanita negara 2336.23 cukup bermakna sekalipun China gah meraih emas diikuti Amerika Syarikat (perak).
Sekalipun gandingan Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee menamatkan acara semalam di kedudukan kelima 3 meter papan anjal seirama, catatan 272.40 mereka memadai buat skuad terjun menggapai satu lagi pingat di Universiade.
Catatan mereka dibantu dengan pencapaian semua acara 1 dan 3 meter papan anjal serta 10 meter platform individu dan seirama yang turut disumbang Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong.

Jurulatih negara, Yang Zhu Liang berkata, ini kali pertama penerjun di bawah bimbingannya beraksi dalam acara berpasukan, jadi gangsa itu dianggap satu pencapaian yang bagus.

“Saya pada mulanya tidak mengetahui ada acara berpasukan sehingga hari pertama pertandingan, jadi saya mengubah strategi dengan menyenaraikan Mun Yee dalam dua acara tambahan 10 meter.

“Kita sebenarnya berpeluang mencatat sesuatu yang lebih baik tetapi mungkin tuah tidak memihak kita terutama menerusi Pandelela (Rinong),” katanya.
Zhu Liang berkata, prestasi yang ditampilkan semua penerjun termasuk yang baru diberi pendedahan seperti Pardika (Indoma Pamg) cukup membanggakan.

Dalam pada itu, Mun Yee yang mentafsirkan pencapaian di Universiade Shenzhen sebagai yang terbaik baginya selepas dua percubaannya sebelum ini gagal.

“Secara keseluruhan, persembahan di Universiade kali ini memuaskan meskipun saya perlu menambah dua acara, selain kurang menjalani latihan,” kata Mun Yee yang pulang dengan tangan kosong di Turki 2005 dan Korea Selatan 2003.

Pengurus pasukan, Mohd Hanif Mohamad berkata, skuad negara menunjukkan tahap profesional yang tinggi dengan budaya menguruskan diri mantap hingga menjadikan mereka satu-satunya skuad yang menghadiahkan pingat buat negara.

Labels: ..artikel.., ..terjun.., sukan universiti..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Pingat terakhir::
Wednesday, 24 August 2011 | 03:28 | 0 comments
Acara berpasukan wanita sumbang pingat ketiga kontinjen negara

GANGSA menutup tirai pungutan pingat kontinjen negara di Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 Shenzhen menerusi acara terjun berpasukan wanita, semalam.

Selepas cemerlang menghadiahkan perak dan gangsa sebelum ini, catatan dikumpul kesemua penerjun wanita negara 2336.23 cukup bermakna sekalipun China gah meraih emas diikuti Amerika Syarikat (perak).
Sekalipun gandingan Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee menamatkan acara semalam di kedudukan kelima 3 meter papan anjal seirama, catatan 272.40 mereka memadai buat skuad terjun menggapai satu lagi pingat di Universiade.
Catatan mereka dibantu dengan pencapaian semua acara 1 dan 3 meter papan anjal serta 10 meter platform individu dan seirama yang turut disumbang Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong.

Jurulatih negara, Yang Zhu Liang berkata, ini kali pertama penerjun di bawah bimbingannya beraksi dalam acara berpasukan, jadi gangsa itu dianggap satu pencapaian yang bagus.

“Saya pada mulanya tidak mengetahui ada acara berpasukan sehingga hari pertama pertandingan, jadi saya mengubah strategi dengan menyenaraikan Mun Yee dalam dua acara tambahan 10 meter.

“Kita sebenarnya berpeluang mencatat sesuatu yang lebih baik tetapi mungkin tuah tidak memihak kita terutama menerusi Pandelela (Rinong),” katanya.
Zhu Liang berkata, prestasi yang ditampilkan semua penerjun termasuk yang baru diberi pendedahan seperti Pardika (Indoma Pamg) cukup membanggakan.

Dalam pada itu, Mun Yee yang mentafsirkan pencapaian di Universiade Shenzhen sebagai yang terbaik baginya selepas dua percubaannya sebelum ini gagal.

“Secara keseluruhan, persembahan di Universiade kali ini memuaskan meskipun saya perlu menambah dua acara, selain kurang menjalani latihan,” kata Mun Yee yang pulang dengan tangan kosong di Turki 2005 dan Korea Selatan 2003.

Pengurus pasukan, Mohd Hanif Mohamad berkata, skuad negara menunjukkan tahap profesional yang tinggi dengan budaya menguruskan diri mantap hingga menjadikan mereka satu-satunya skuad yang menghadiahkan pingat buat negara.

Labels: ..artikel.., ..terjun.., sukan universiti..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working