.:Percapaian Terbaik:.
Wednesday, 24 August 2011 | 03:22 | 0 comments
KUALA LUMPUR,- Biarpun gagal untuk mencapai sasaran sekurang nya satu emas satu perak dan satu gangsa, namun kelibat skuad negara setakat ini di anggap paling terbaik menerusi kilauan 1 perak serta 2 gangsa kesemuanya dari skuad terjun negara.Berada di kedudukan 48 daripada 152 negara yang bersaing, kelibat Malaysia di edisi ke 26 Universiade di anggap paling cemerlang biarpun Malaysia berada di tangga ke 4 keseluruhan bagi Asia Tenggara.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Omar Abdul Rahman, tiada istilah berkubur dari bidang sukan andai ada atlit yang menyambung pengajian dan hal ini perlu berterusan dari masa ke semasa.
“Pencapaian negara kali ini jauh lebih baik di bandingkan penampilan di Bangkok 2 tahun lalu dengan pencapaian di tangga ke 56 menerusi pingat tunggal perak bagi acara taekwondo yang di raih Che Chew Chan,” katanya.
Menurut Chief de Mission Universiade 2011, Profesor Dr Shaharuddin Abdul Aziz penganugerahan Diploma of Honour kepada 3 sukan di harap mampu menjadi pemangkin atlit negara untuk beraksi lebih cemerlang di masa akan datang.
-----
Kesemua pingat diperolehi daripada acara terjun.
PANDELELA Rinong 1 perak 2 gangsa
dua gangsa diperolehi acara terjun berirama dan juga berpasukan.
Labels: ..artikel.., ..terjun.., sukan universiti..