Sukan Kita
|.:Selamat Datang:.| Dashboard | +Follow
::Perak Sukan Universiti::
Friday, 19 August 2011 | 09:17 | 0 comments
Pandelela raih tempat ke-2 acara terjun 10m

PANDELELA Rinong mencipta ceria buat kontinjen Malaysia, semalam selepas muncul atlit negara pertama meraih pingat di Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) apabila meraih perak acara terjun 10 meter papan anjal wanita di Shenzhen.
Ratu terjun negara itu mencatat 381.75 mata untuk mendapat tempat kedua - ketinggalan 3.50m belakang pemenang emas, Paolo Espinoza dari Mexico manakala gangsa menjadi milik penerjun China, Wang Xin.
Andai anak muda dari Sarawak itu berjaya mengelak kesilapan pada terjunan kedua, mungkin lagu ‘Negaraku’ sudah berkumandang di bumi Shenzhen buat kali pertama.

RATU terjun negara, Pandelela Rinong menamatkan penantian dengan menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 Shenzhen, apabila meraih perak, semalam.
Pandelela yang beraksi dalam acara 10 meter platform individu hanya selangkah untuk melakar sejarah apabila catatan yang dilakukannya hanya kurang 3.50 mata berbanding penerjun emas dari Mexico, Paola Espinoza. Semuanya gara-gara sedikit kesilapan yang dilakukan pada terjunan kedua apabila sekadar mengutip 65.25 mata sebelum bangkit melakukan terjunan menakjubkan pada tiga cubaan terakhir.

“Jika markah pada terjunan kedua lebih baik, tidak mustahil pingat emas menjadi milik saya,” kata anak gadis berketurunan Bidayuh dari Sarawak itu.

“Memang rasa sedikit kecewa tapi saya sudah cukup berpuas hati kerana apa yang saya lakukan di sini jauh lebih baik berbanding Kejohanan Dunia di Shanghai sebelum ini,” katanya yang menyifatkan pesanan jurulatih, Yang Zhuliang menguatkan semangatnya untuk bangkit.

“Malah ini adalah catatan terbaik saya dalam mana-mana kejohanan dan markah pada lompatan kelima 84.80 adalah tertinggi pernah saya pungut.”
Espinoza yang juga bekas juara dunia mencatat 381.75 mata untuk mengatasi Pandelela (381.75) manakala penerjun tuan rumah serta pemenang emas Olimpik 2008, Wang Xin ketiga (370.55).

Selain Wang Xin, tuan rumah turut menurunkan penerjun muda, Chen Ni tetapi gagal menyaingi konsistensi Pandelela dan Espinoza.

Seorang lagi penerjun negara, Leong Mun Yee yang menduduki tangga kelapan pada pusingan kelayakan, mengambil keputusan menarik diri untuk memberikan tumpuan kepada acara terjun 10 meter seirama bersama Pandelela, hari
ini.

Tahniah dari palie:

Labels: ..artikel.., ..terjun.., sukan universiti..


|
::Tuan Stadium::
18 November 2011
Aku Palie , mengumpul artikel yang berkaitan dengan dunia sukan kerana aku memang minat sukan.

::Penaja::


::Bilik Persalinan::
Entries About Links

::Tetamu Terhormat::


Credits

Template by : BellaDani
Edit by : Fz27
Home page : Google

Pengulas





Perihal pengutip artikel ;]


Name :Fz27
Birthday :September
Age :Semakin Hari Semakin Dekat Dengan Kematian
Stay at :Kedahan
Education :Student
Favorite Colour : colourfull
BFF :Muslimin

❤ Depa Sempoi ❤

Laman Sesawang Yang Berkisar Sukan
sokernet
::Perak Sukan Universiti::
Friday, 19 August 2011 | 09:17 | 0 comments
Pandelela raih tempat ke-2 acara terjun 10m

PANDELELA Rinong mencipta ceria buat kontinjen Malaysia, semalam selepas muncul atlit negara pertama meraih pingat di Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011) apabila meraih perak acara terjun 10 meter papan anjal wanita di Shenzhen.
Ratu terjun negara itu mencatat 381.75 mata untuk mendapat tempat kedua - ketinggalan 3.50m belakang pemenang emas, Paolo Espinoza dari Mexico manakala gangsa menjadi milik penerjun China, Wang Xin.
Andai anak muda dari Sarawak itu berjaya mengelak kesilapan pada terjunan kedua, mungkin lagu ‘Negaraku’ sudah berkumandang di bumi Shenzhen buat kali pertama.

RATU terjun negara, Pandelela Rinong menamatkan penantian dengan menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011 Shenzhen, apabila meraih perak, semalam.
Pandelela yang beraksi dalam acara 10 meter platform individu hanya selangkah untuk melakar sejarah apabila catatan yang dilakukannya hanya kurang 3.50 mata berbanding penerjun emas dari Mexico, Paola Espinoza. Semuanya gara-gara sedikit kesilapan yang dilakukan pada terjunan kedua apabila sekadar mengutip 65.25 mata sebelum bangkit melakukan terjunan menakjubkan pada tiga cubaan terakhir.

“Jika markah pada terjunan kedua lebih baik, tidak mustahil pingat emas menjadi milik saya,” kata anak gadis berketurunan Bidayuh dari Sarawak itu.

“Memang rasa sedikit kecewa tapi saya sudah cukup berpuas hati kerana apa yang saya lakukan di sini jauh lebih baik berbanding Kejohanan Dunia di Shanghai sebelum ini,” katanya yang menyifatkan pesanan jurulatih, Yang Zhuliang menguatkan semangatnya untuk bangkit.

“Malah ini adalah catatan terbaik saya dalam mana-mana kejohanan dan markah pada lompatan kelima 84.80 adalah tertinggi pernah saya pungut.”
Espinoza yang juga bekas juara dunia mencatat 381.75 mata untuk mengatasi Pandelela (381.75) manakala penerjun tuan rumah serta pemenang emas Olimpik 2008, Wang Xin ketiga (370.55).

Selain Wang Xin, tuan rumah turut menurunkan penerjun muda, Chen Ni tetapi gagal menyaingi konsistensi Pandelela dan Espinoza.

Seorang lagi penerjun negara, Leong Mun Yee yang menduduki tangga kelapan pada pusingan kelayakan, mengambil keputusan menarik diri untuk memberikan tumpuan kepada acara terjun 10 meter seirama bersama Pandelela, hari
ini.

Tahniah dari palie:

Labels: ..artikel.., ..terjun.., sukan universiti..


Older Post | Newer Post

Oxygen Chrome - Working